Pemakanan Pemain Professional Gaya Diego Forlan

Eikrem 3 minggu yang lalu

Diego Forlan mungkin satu nama yang kurang dikenali di kalangan keyboard warrior pada hari ini namun bekas pemain kebangsaan Uruguay ini pernah menggegar dunia bola sepak suatu ketika dahulu dengan ketajamannya di hadapan gol untuk pasukan Villareal dan Atletico Madrid.

Meskipun pernah melalui detik suram di Manchester United, Forlan bangkit di La Liga dengan aksi-aksi memukau dan pastinya kebangkitan ajaib ini bertitik punca daripada disiplin diri yang tinggi.

Disiplin yang diterapkan oleh Forlan bukan setakat ketika latihan sahaja, malah termasuklah apa yang dihidang di meja makan.

Beberapa hari lalu Forlan ada whatsapp The Sukan untuk berkongsi tips diet yang telah dia amalkan. Kami agak terkejut juga bila terima mesej Forlan ini dalam Bahasa Malaysia, lepas tu Forlan bahasakan diri dia Lan je.

Kau tahu la kan tara mana rapat The Sukan dengan Forlan ni. Untuk mengekalkan keaslian mesej, kami salin bulat-bulat apa yang Forlan whatsapp kami.

Selamat membaca.

Sarapan pagi

Forlan :

“Biasanya Lan akan mulakan pagi dengn sepinggan nenas. Lan suka benda-benda manis dan rasa manis ni membangkitkan Lan daripada kesuraman pagi tau. Lepas tu kan, Lan akan makan beberapa keping roti bakar disapu mentega. Lepas tu Lan makan yogurt.

Omelette | Gambar : taste.com.au

“Tapi tu lah, kalau hari-hari benda sama muak pulak kan, jadi kadang-kadang Lan makan omelette dengan daging babi letak cheese. You tak boleh makan babi kan? So you jangan nak gatal-gatal makan babi nanti.

You tahu, telur pun Lan makan tau, tapi putih telur je lah. Telur kuning kalau you nak datanglah ambik kat rumah Lan. Ada banyak tu Lan simpan.

“Lepas makan Lan minum air oren segar, bukan kordial tau. Lepas tu Lan pergi la latihan. Senang kan? Haaaa”

Makan Tengah Hari

Memandangkan Forlan mempunyai jadual yang cukup ketat, biasanya dia akan makan tengah hari pada pukul 1 petang.

Forlan :

“Lepas  latihan dalam lebih kurang 2-3 jam, Lan terus pergi makan tengah hari. Kadang-kadang Lan makan di kafe kelab je, tapi kadang-kadang ada juga Lan keluar makan di restoran dengan keluarga atau kawan-kawan.

“Untuk tengah hari, Lan akan makan pasta atau nasi dengan ayam. Sekali-sekala Lan makan spageti yang disapu minyak di atasnya, atau sedikit cheese.

“Kalau Lan makan ayam, Lan akan makan yang panggang. Lan tak pernah makan ayam goreng tau sebab bagi Lan, ayam paggang lagi bagus daripada ayam goreng.”

Minum Petang

Forlan :

“Bila masuk petang sikit kan, Lan selalunya akan blend buah oren dan nenas, lepas tu Lan minum la air jus dia. Alaa macam yang orang panggil smoothie tu.

“Buah campur air sikit, campur ais sikit. Smoothie kan orang panggil. You faham tak ni?

“Bila minum smoothie, Lan rasa segar sangat tambah-tambah dalam cuaca panas macam di Madrid.

Smoothie | Gambar : phshairscience,com

“Mengikut pakar pemakanan yang betul-betul, bukan pakar di Facebook tau, seseorang tu kan perlu makan sekurang-kurangnya lima bahagian sayur atau buah setiap hari.

You tahu Lan makan berapa? Lan makan 10 bahagian! Kau hado? Haaaaaa.

“Lepas tu Lan ada juga makan sandwich atau bijirin.”

Makan Malam

Forlan :

“Selalunya Lan akan makan malam pada waktu malam. Kelakar kan?

“Masa Lan di Manchester, orang makan malam pukul 5 atau 6 petang. Tapi di Madrid, orang akan keluar makan malam pukul 11 malam pada musim panas sebab panas sangat nak makan kat luar.

“Kalau Lan ada di rumah, Lan akan makan pukul 9 malam, selalunya Lan makan ikan dengan salad je. Lan suka juga tomato dan sayuran-sayuran segar.

“Apa yang Lan tahu, Lan makan apa yang bagus untuk badan Lan, walaupun kadang-kadang tu Lan makan juga jajan.

Ikan dan salad | Gambar : taste.com.au

“Akhir sekali, Lan selalu amalkan minum air masak banyak-banyak sepanjang hari dan yang penting, Lan tak minum minuman beralkohol. Lan tak suka tau. Tak elok untuk badan.

“Jadi, Lan harap korang semua dapat manfaat daripada perkongsian Lan ni. Tata titi tutu!”

Sumber asal artikel sebelum dinyahtinjakan sedemikian rupa : Fourfourtwo Performance