Pemain Terbaik FIFA : Siapa Pilihan Ronaldo dan Messi?

Eikrem 3 bulan yang lalu

Cristiano Ronaldo telah pun memenangi anugerah pemain terbaik FIFA 2016, mengenepikan Leo Messi dan Antoine Griezmann hasil daripada undian daripada kapten, jurulatih dan media yang berdaftar dengan Federasi Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Siapa pilihan kapten dan jurulatih Malaysia telah pun terjawab, tetapi siapa pula yang mendapat undian Ronaldo, Messi dan kapten Hebat yang lain?

Rangkuman undian adalah seperti di dalam jadual di bawah :

Kapten(Negara) Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3
Ronaldo (Portugal) Gareth Bale Luca Modric Sergio Ramos
Messi (Argentina) Luis Suarez Neymar Andres Iniesta
Mkhitaryan (Armenia) Cristiano Ronaldo Leo Messi Antoine Griezmann
Dani Alves (Brazil) Leo Messi Neymar Luis Suarez
Luca Modric (Croatia) Cristiano Ronaldo Leo Messi Neymar
Wayne Rooney (England) Cristiano Ronaldo Luis Suarez Jamie Vardy
Manuel Neuer (Jerman) Toni Kroos Mesut Ozil Robert Lewandowski
Gigi Buffon (Itali) Leo Messi Gareth Bale Cristiano Ronaldo
Arjen Robben (Belanda) Cristiano Ronaldo Toni Kroos Robert Lewandowski
Sergio Ramos (Sepanyol) Cristiano Ronaldo Leo Messi Andres Iniesta
Darren Fletcher (Scotland) Cristiano Ronaldo Luis Suarez Leo Messi
Branislav Ivanovic (Serbia) Cristiano Ronaldo Leo Messi Neymar
Eden Hazard (Belgium) Cristiano Ronaldo Leo Messi Antoine Griezmann

Ternyata Ronaldo dan Messi sudah bosan dengan segala pencapaian mereka dan mungkin sebab itulah mereka memilih untuk tidak mengundi diri sendiri.

Manakala pilihan jurulatih hebat dunia adalah seperti berikut :

Jurulatih (negara) Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3
Gareth Southgate (England) Cristiano Ronaldo Antoine Griezmann N’Golo Kante
Chris Coleman (Wales) Gareth Bale Alexis Sanchez Jamie Vardy
Leonardo (Brazil) Cristiano Ronaldo Neymar Antoine Griezmann
Edgardo Bauza (Argentina) Leo Messi Sergio Aguero Antoine Griezmann
Juan Antonio Pizzi (Chile) Alexis Sanchez

Tak dapat dipastikan kenapa jurulatih Chile hanya mengundi satu pemain. Merajuk kot orang tak puji pasukan dia.

Pizzi – acah-acah rebel

Senarai penuh undian boleh dilihat di sini.