Pemain St. Etienne Panggil Zlatan Tahi

Eikrem 5 bulan yang lalu

Zlatan Ibrahimovic mungkin merupakan antara pemain yang paling seronok untuk ditonton permainannya, tetapi tidak bagi pemain sayap St. Etienne, Romain Hamouma, di mana dia telah melabel bintang Manchester United itu sebagai tahi.

Zlatan telah jaringkan dua gol ketika United menang 3-0 dalam perlawanan pertama Liga Europa pusingan 32 pasukan minggu lalu. Gol tersebut menjadikan jumlah jaringannya menentang Sainte kepada 17 gol dalam 14 perlawanan, dan disebabkan rekod inilah Zlatan cukup ditakuti di Stade Geoffroy-Guichard.

Hamouma ketika ditemuramah wartawan oleh media berkata dia sangat berharap Zlatan tidak akan turut serta ke Perancis, namun agak kecewa apabila dapat tahu Mourinho akan membawa bintang Sweden itu untuk perlawanan timbal balik tersebut.

“Zlatan tak main kan?” Hamouma bertanya kepada wartawan mencari kepastian dalam harapan.

Apabila wartawan mengatakan sebaliknya, Hamouma terkejut dan dalam nada separa menjerit dia berkata,”Eh, dia main? Dia tu tahi la!”

Dikhabarkan Hamouma jatuh pengsan sesak nafas dek ketakutan melampau. Begitulah kisah kehebatan Zlatan untuk ikhtibar kita semua.

Video Hamouma Panggil Zlatan Tahi