The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Gambar : FMT

Pemain Perak dan Selangor Bertaraf Kampung Walaupun Bergaji

Eikrem pada September 25, 2016

Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menyelar pemainnya dan Selangor selepas perlawanan Liga Super di stadium Shah Alam semalam. Weigang, 81 tahun, ternyata tidak gembira dengan aksi pemainnya yang diibaratkan pemain bertaraf kampung, walaupun dibayar gaji secara professional.

“Kami tidak bermain langsung, ini bukan bola sepak. Kedua-dua pasukan bermain bola sepak kampung walaupun mereka ini pemain profesional yang telah dibayar gaji,”jelasnya kepada wartawan Astro Arena.

Kemenangan tersebut menaikkan Perak ke tangga keenam, satu tangga di belakang Selangor yang dipintas Kelantan yang menewaskan PDRM 2-1.

Perlawanan terakhir selepas ini bakal menyaksikan Perak bertandang ke Kota Bharu, perlawanan yang boleh dikatakan bakal menentukan pasukan mana yang bakal menduduki tangga keempat, di belakang JDT, Felda dan Kedah, manakala Selangor melayan kunjungan juara bertahan, JDT.

Semua perlawanan bakal berlangsung pada 22 Oktober (bapak ahhh lambat lagi)