The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain Leicester City Bakal Menerima Penyelarasan Gaji Baru Musim Depan

Encik Bakri pada May 18, 2016

Di Malaysia 1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan malah gaji dinaikkan lagi. Situasi ini bakal terjadi kepada pemain Leicester City pada musim hadapan setelah menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016.

Pemain Leicester bakal menerima kenaikkan gaji sehingga £100,000 seminggu selepas mereka berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Perkara itu diumumkan oleh jutawan Thailand yang juga pemilik kelab berkenaan ketika majlis meraikan kejayaan Leicester.

Leicester City's Italian manager Claudio Ranieri (C) stands with the Premier league trophy as the Leicester City team take part in an open-top bus parade through Leicester to celebrate winning the Premier League title on May 16, 2016. / AFP PHOTO / GLYN KIRKGLYN KIRK/AFP/Getty Images
FP PHOTO / GLYN KIRKGLYN KIRK/AFP/Getty Images

Ketika membuat pengumuman itu, Vichai Srivaddhanaprabha berkata dia mensasarkan untuk menaikkan gaji pemain kepada enam angka pada musim depan. Bagaimanapun perkara ini akan tidak memberi masalah kepada kelab kerana Leicester City akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah yang akan memberi pulangan sebanyak £200 juta pada musim depan.

Selain itu, Riyad mahrez dan N’golo Kante sudah tentu tidak akan terkecuali kerana mereka banyak memainkan peranan dalam mencipta kejayaan penuh bersejarah. Setakat ini Leicester City telah menawarkan kontrak lanjutan untuk Riyad Mahrez dan Jamie Vardy. Kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani perjanjian baru selama 4 tahun untuk kekal dengan kelab itu sehingga 2019.

gaji-pemain-leicester-city
Pemain Leicester City Bakal Menerima Penyelarasan Gaji Baru

Vardy menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di Leicester City dengan bayaran £80,000 seminggu. Manakala Mahrez dibayar sekitar £55,000 seminggu melalui kontrak yang ditandatangani pada Ogos 2015. Lepas ni mungkin pemilik Leicester City bakal membuat transformasi Program Perumahan 1Leicester City dan Rumah Prima.

Gaji dan Kontrak Pemain Leicester City

PEMAIN UMUR GAJI MINGGUAN BAKI KONTRAK
Kasper Schmeichel 29 £35,000 2 Year (2018)
Ben Hamer 28 £10,000 2 Year (2018)
Mark Schwarzer 43 £20,000  Last Year (2016)
Robert Huth 31 £45,000 2 Year (2018)
Wes Morgan 32 £30,000 1 Year (2017)
Liam Moore 23 £20,000 1 Year (2017)
Marcin Wasilewski 35 £20,000 Last Year (2016)
Jeffrey Schlupp 23 £80,000 3 Years (2019)
Christian Fuchs 29 £50,000   2 Year (2018)
Danny Simpson 29 £35,000 1 Year (2017)
Daniel Amartey (new signing) 21 £45,000 4 Years (2020)
N’Golo Kanté  ) 24 £55,000  3 Years (2019
Danny Drinkwater 25 £45,000 2 Year (2018)
Gökhan Inler (new signing) 31 £60,000 2 Year (2018)
Andy King 27 £30,000 2 Year (2018)
Matty James 24 £35,000 2 Year (2018)
Marc Albrighton 26 £35,000 2 Year (2018)
Demarai Gray 19 £5,000 4 Years (2020)
Riyad Mahrez (new deal) 24 £55,000 3 Years (2019)
Nathan Dyer (loaned-in) 28 Last Year (2016)
Jamie Vardy (new deal) 29 £80,000 3 Years (2019)
Shinji Okazaki 29 £60,000 3 Years (2019)
Leonardo Ulloa 29 £40,000 2 Year (2018)
Safee Sali 31 £140,000 5 Year (2021)


Download aplikasi The Sukan di Google Play