The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain Kelahiran New Zealand Ernest Wong Kini Menjalani Latihan Bersama JDT II

Syafiq Freman pada October 21, 2016

Pemain kelahiran New Zealand, Ernest Wong Wen Hao kini sedang menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim II. Ernest merupakan penjaga gawang yang sebelum ini bermain bersama Eastern Suburbs di Liga Perdana New Zealand.

Gambar oleh Johor Southern Tigers
Ernest menjalani latihan di JDT – Gambar oleh Johor Southern Tigers

Dalam satu kemas kini yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers, JDT ingin memberi peluang kepada Ernest untuk membuktikan kemampuannya di JDT dan beliau bakal diserapkan ke pasukan utama sekiranya mencapai piawaian yang dikehendaki JDT.

Ernest sebelum ini pernah menjalani latihan bersama Kelantan FA pada tahun 2014 namun kembali ke New Zealand bersama kelab di sana.