Pemain Kelab Tanzania Meninggal Dunia Selepas Menjaringkan Gol Menarik

Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Pemain muda dari Tanzania yang berusia 19 tahun, Ismail Mrisho Khalfan rebah di padang dan dilaporkan meninggal dunia ketika tiba dihospital untuk rawatan, kejadian berlaku pada ahad lalu di Stadium Kaitaba, BUkoba, Tanzania.

kifo-cha-ismail-khalfan-mrisho-goal
Ismail Menajring kan Gol Pada Minit 29

Ismail Mrisho yang bermain untuk Mbao FC U-20 telah menjaringkan satu gol backheel menarik pada minit ke-29 ketika menentang Mwadui FC dalam Liga Vodacom Bawah 20. Pada minit ke-58 Ismail telah dibentes oleh pemain lawan sebelum tersungkur dan terus di bawa ke hospital.

ismail-khalfan-mrisho
Ismail Rebah Selepas Dibentes

President Persatuan Bola Sepak Tanzania, Jamal Malizni berkata kepada Supersport.com

“Saya berasa kesal untuk mengumumkan kematian mengejut Ismail Mrisho. Beliau rebah di padang ketika perlawanan liga bawah 20 hari ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.”

Ismail telah dikebumikan pada hari isnin lepas. Kejadian ini mengingatkan kembali kepada nasib yang sama menimpa Marc Vivian Foe pada 2003.

Untuk melihat video gol dan kejadian anda boleh KLIK DISINI.