The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain Harimau Malaysia Main Tak Pakai Otak

Encik Bakri pada September 9, 2016

Ekoran kekalahan 3-0 kepada Indonesia beberapa hari lalu. Pasukan Harimau Malaysia di kritik hebat. Semalam Tan Sri Prof Khoo Kay Kim pula melontarkan kritikan beliau.

Kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan, kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, yang membidas pihak pengurusan gagal memberikan persediaan kepada pemain sehingga mereka beraksi di padang seolah-olah mereka tidak menggunakan otak.

“Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak betul, semua tak betul, macam mana mereka boleh bermain untuk pasukan kebangsaan?” soal Khoo, sejarahwan negara yang kerap dirujuk pendapatnya mengenai hal sukan dan sosio-ekonomi.

Beliau memberi contoh skuad negara bawah-22 (B-22) tewas 1-2 kepada skuad B-22 Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat.

Semalam, prestasi bola sepak negara terus merudum selepas Harimau Malaysia dikalahkan 3-0 oleh tuan rumah Indonesia pada perlawanan persahabatan.

Khoo berkata pihak pengurusan dan jurulatih gagal menyediakan latihan sesuai dengan corak permainan terkini.

“Mereka tidak diberi latihan yang sesuai, bila kita pilih pemain kita perlu mengkaji cara mereka bermain bukan seperti robot, selalu bagi bola kepada penjaga gol.

“Bagaimana mereka nak capai keputusan baik kalau mereka selalu hantar bola kepada penjaga gol?” soal beliau.

Menurutnya, setiap pemainan perlu dijadikan sandaran bagi meningkatkan kebolehan pemain, dan bukan sentiasa bermain dengan cara yang sama.

“Sekarang saya tengok, mereka dilatih bermain cara sama, kalau pemain A dapat bola mereka akan hantar kepada pemian B, itu bermakna mereka tak guna orang (tidak kreatif bermain),” katanya.

Khoo turut membidas percakaran yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), susulan penyerahan apa yang didakwa bukti ketirisan badan itu oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya, tugas utama FAM adalah memulihkan prestasi dan kualiti bola sepak negara yang kian merudum melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

Katanya, FAM perlu memastikan bakat pemain digilap daripada peringkat sekolah.

“Bukannya setelah dewasa baru kita nak melatih mereka.”

Sumber : FMT


Download aplikasi The Sukan di Google Play