Pemain Gelaran Negeri Sembilan Ini Akui Conte Sangat Power Berbanding Mourinho

Rusdy Ahmad oleh Rusdy Ahmad 7 bulan yang lalu

Pada satu latihan petang di Chelsea..

Conte : Eden! cubo ekao torai shoot dari belakang gol niha.
Eden Hazard : Baik.. eden torai..

Selalu kedengaran lorat nogori dalam kem latihan Chelsea sejak beberapa musim ini.

Hazard di antara yang menjadi batu api ketika di bilik persalin & membawa kepada pemecatan Jose Maurinho ketika zaman gelap Chelsea.

Dalam satu warwancara khas bersama Thiery Henry di Sky Sports, Hazard berkongsi pandangan tentang taktikal di bawah kendalian Conte dan Mourinho.

Eden dah torai kata Hazard kepada Henry

Bersama Mourinho

Dengar cerita kau yang khianati aku di bilik persalinan?

Hmmmm.. Saya tidak banyak membantu pertahanan di bawah kendalian beliau. Matic dengan sendiri menyelesaikan masalah matematik di padang. Ikut suka kami untuk main macamana.

Dengan skill sedia ada dapat sahaja bola, saya terus berlari sekuat hati demi menjaringkan gol.

Yang peliknya kami masih boleh menjuarai EPL pada musim pertama.

Bersama Conte

Hazard berkata, bersama Conte kami lebih taktikal berbanding Mourinho. Conte mengajar kami cara bermain tanpa memegang bola. Pelik bukan? Tapi itulah realitinya kami berada di puncak liga buat ketika ini.

Conte yang melatih & menyusun

Conte mengajar kami satu sistem yang aneh & berkesan. Saya sangat suka dan terus menyukainya.

Saya berlari-lari tanpa memegang bola hanya untuk mencipta ruang kepada pemain lain. Saya bermain sebagai seorang penyerang yang sonsang (inside forward) bersama Chelsea.

Kini baru saya tahu, taktikal adalah perkara yang sangat penting dalam bola sepak moden.

Malam ini kita akan saksikan pertarungan yang hebat. Lagi hebat di mana Arsene Wenger hanya duduk di kerusi penonton.

Sumber : ESPN




Paparkan Komen