The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain EPL Mengalami Masalah Gigi Reput

Encik Bakri pada November 4, 2015

Paris: Hampir 40 peratus pemain bolasepak profesional di Britain termasuk EPL mengalami masalah gigi reput – malah ada kes turut menjejaskan prestasi di atas padang menurut satu kajian terbaru dilakukan.

Pemain meraih pendapatan tinggi melalui bolasepak tetapi tidak ramai membuat penjagaan gigi.

Charlie Adam, Blackpool
Charlie Adam, Blackpool

Secara purata gigi dan gusi mereka berada dalam keadaan teruk berbanding rakan sebaya mereka di Britain, menurut kajian itu.

“Kami menemui beberapa pemain mengalami gigi reput sangat dalam hingga menyentuh saraf dan menyebabkan jangkitan pada rahang,” kata pengarang utama Institut Pergigian Eastman UCL, Ian Needleman.

Kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Sukan British itu adalah pertama kali dilakukan untuk menilai masalah berkaitan gigi begitu berleluasa dalam kalangan pemain profesional di England – pada satu tahap menjejaskan kecekapan fizikal mereka.

Needleman mengetuai sekumpulan doktor gigi dan doktor melakukan pemeriksaan terhadap 187 pemain di lapan kelab England dan Wales.

Lima pasukan adalah daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) – Hull, Manchester United, Southampton, Swansea City dan West Ham.

– AFP