The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain Dan Pegawai Pasukan JDT Menerima Cincin Khas Bernilai RM85,000

Encik Bakri pada November 3, 2016

Pemain dan Pegawai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima cincin khas bernilai RM85,000 sempena kejayaan JDT mencipta sejarah merangkul kejuaraan Liga Super tiga tahun berturut-turut.

pemain-dan-pegawai-pasukan-jdt-menerima-cincin-khas-bernilai-rm85000-5

Cincin yang diperbuat daripada emas dan platinum yang bertatahkan berlian serta batu nilam itu akan menjadi milik para pemain dan pegawai pasukan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka bagi mencipta sejarah tersebut.

Ini adalah rekabentuk cincin emas & platinum bertatahkan berlian dan batu nilam berharga RM85,000 setiap satu yang akan diberikan kepada para pemain, kakitangan dan staff Johor Darul Ta’zim di atas kejayaan kelab menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.

Ianya merupakan satu kenangan tanda kejayaan mereka yang merupakan sebahagian sejarah hebat yang telah dilakar oleh kelab Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

Pada bahagian atas cincin tersebut terukir dengan perkataan “CHAMPIONS” berserta tahun kejayaan pasukan JDT 2014,2015 dan 2016.

pemain-dan-pegawai-pasukan-jdt-menerima-cincin-khas-bernilai-rm85000-2

Manakalu pada bahagian tepi cincin tertera perkataan “Malaysia Super League” dan logo liga super berserta 3 bintang lambang kejayaan mereka.

pemain-dan-pegawai-pasukan-jdt-menerima-cincin-khas-bernilai-rm85000-3

Harap ada replika cincin ini untuk koleksi para peminat.

Sumber : Johor Southern Tigers


Download aplikasi The Sukan di Google Play