The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain Chelsea Yang Tidak Disukai Mourinho

Eikrem pada August 22, 2015

Berikutan permulaan terburuk kempen Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 17 tahun, Mourinho menamakan tujuh pemain Chelsea yang membuatkannya rasa tidak gembira.

Juara bertahan itu akan berkunjung ke West Bromich Albion Ahad ini dalam misi mencari kemenangan pertama selepas dua perlawanan.

“Saya tidak gembira dengan sesiapa pun,” ujar The Special One.

“Saya tidak gembira dengan prestasi Branislav Ivanovic,  Gary Cahill, John Terry, Cesar Azpilicueta, Eden Hazard, Cesc Fabregas dan Nemanja Matic,” tambahnya lagi.

Mour tidak gembira dengan dirinya sendiri
Mour tidak gembira dengan dirinya sendiri

“Saya juga tidak gembira dengan diri sendiri kerana selalunya saya berjaya dapat keputusan lebih baik dari sekarang ini,” Mourinho turut menyelar dirinya sendiri.

Chelsea baru sahaja mendapatkan Pedro dari Barcelona, dan dijangka membuat bidaan 35juta GBP bagi mendapatkan pertahanan tengah Everton, John Stone.


Download aplikasi The Sukan di Google Play