The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pemain All Blacks Sonny Bill William Memberi Pingat Emas RWC Kepada Remaja

Encik Bakri pada November 1, 2015

LONDON: Rakaman video seorang remaja penyokong ragbi New Zealand, Charlie Lines mendapat hadiah pingat emas daripada legenda All Blacks, Sonny Bill Williams, sejurus selepas berakhirnya final ragbi Piala Dunia di sini, kini menjadi viral.

Ia gara-gara tindakan seorang pengawal keselamatan menolaknya sehingga jatuh di kawasan padang, sebelum dibantu oleh ahli pasukan All Blacks termasuk pemain legenda berkenaan.

Sonny Bill Williams gives up his Gold Medal RWC to young pitch invader Charlie Lines

Mengikut laporan Daily Mail Online, remaja itu memasuki padang Stadium Twickenham untuk mendapatkan autograf pemain sejurus selepas pasukan negaranya memenangi Piala Dunia menewaskan Australia, 34-17, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kejadian itu dirakam ketika pemain pasukan All Blacks sedang berjalan satu pusingan penghormatan di sekeliling stadium sejurus selepas dikalungkan pingat emas.

Sonny Bill Williams gives up his Gold Medal RWC to young pitch invader Charlie Lines

Lines dilihat secara tiba-tiba berlari ke arah Williams dan rakan sepasukannya, namun belum pun sempat bertemu mereka, dia ditolak jatuh oleh seorang pengawal keselamatan.

Williams kemudian meminta pegawai keselamatan untuk melepaskan remaja berusia 14 tahun itu dan memeluknya.

Sonny Bill Williams gives up his Gold Medal RWC to young pitch invader Charlie Lines

“Mungkin dia terlalu teruja dan tiba-tiba masuk padang dan berlari ke arah kami.

“Saya kemudian membawa dia kembali kepada keluarganya dan cuba menjadikan malam kemenangan itu lebih bermakna. Ia lebih baik untuk pingat emas itu tergantung di lehernya daripada di leher saya,”.

“Apabila dia besar kelak, dia bakal berkongsi insiden ini kepada anak-anaknya. Itu lebih istimewa untuk saya daripada pingat itu tergantung di dinding rumah,” katanya.

sSonny Bill Williams gives up his Gold Medal RWC to young pitch invader Charlie Lines

Rakaman video kejadian ini kini viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi. – AGENSI

Rakaman Video Sonny Bill Williams Mengalungkan Pingat Kepada Peminat


Download aplikasi The Sukan di Google Play