The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Peluang kedua buat JDT

Eikrem pada October 29, 2015

Peluang kedua perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Istiklol FC yang mara ke final selepas lawan masing-masing di separuh akhir dibatalkan penyertaan.

Selepas ketinggalan pada perlawanan pertama separuh akhir, JDT dan Istiklol mendapat laluan mudah ke final apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) yang mengakibatkan pasukan pilihan ke final dari negara itu, Qadsia SC dan Kuwait SC tidak layak beraksi.

Baca juga : Istiklol pasukan misteri

Namun itulah bola sepak, ia bukan saja bergantung kepada permainan di dalam padang tetapi membabitkan semua aspek termasuk pentadbiran dan pengurusan bola sepak di sesebuah negara.

JDT dan Dailly Sukan - kebanggaan negara
JDT dan Dailly Sukan – kebanggaan negara

Sekiranya Persatuan Bola Sepak malaysia (FAM) yang digantung- seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak-tentunya bukan JDT yang berada di Tajikistan ketika ini untuk mencatat sejarah baharu bola sepak Asia Tenggara.

Selepas menguasai Liga Super untuk dua musim berturut-turut, JDT kini berpeluang meluaskan kuasanya ke rantau Asia. JDT mencipta sejarah sebagai kelab Asia Tenggara pertama layak ke final Piala AFC.

Dalam laluannya ke final, JDT yang kempunan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia selepas tewas 3-0 di tangan Bangkok Glass, bangkit mencipta kejayaan dalam saingan Piala AFC.

JDT berada dalam KumpulanF dan mara ke kelompok 16 terakhir sebagai juara kumpulandengan 15 mata hasil lima kemenangan dan satu kekalahan.

Dalam pusingan kalah mati, JDT membelasah kelab Myanmar, Ayeyawady United 5-0 dan bertemu South China di suku akhir yang berakhir dengan kemenangan agregat 4-2.

Pada perlawanan separuh akhir, JDT ketinggalan 3-1 di tangan Qadsia SC tetapi tidak perlu beraksi pada perlawanan timbal balik selepas penggantungan KFA.

Istiklol turut tewas pada perlawanan pertama, 4-0 kepada Kuwait SC, tetapi mendapat nyawa kedua dengan hukuman FIFA ke atas badan induk bola sepak Kuwait itu.

Sumber : Berita Harian