Pekerja FIAT Rancang Adakan Mogok Berikutan Perpindahan Ronaldo Ke Juventus

Izuddin oleh Izuddin 4 bulan yang lalu

Pekerja di Plant Fiat Chrysler, Itali merancang untuk mengadakan mogok bagi membantah tindakan pemegang saham terbesar syarikat tersebut membayar €112m (£99.2m) untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Kelab bola sepak Juventus dan syarikat pembuat kereta terkenal Eropah itu berada di bawah jagaan keluarga Agnelli menerusi sebuah syarikat induk yang dikenali sebagai Exor.

Exor memiliki pegangan saham berjumlah 30% dalam Fiat Chrysler and 64% dalam Juventus, tetapi kedua-dua syarikat diuruskan secara berasingan.

Ronaldo bakal menerima ratusan juta dollar untuk 4 tahun yang akan datang

Kesatuan pekerja FIAT (USB) berkata syarikat tersebut telah melepaskan peluang untuk membuat lebih banyak pelaburan kerana tindakan mereka menandatangani Ronaldo.

USB juga mendakwa FIAT wajar memberi jaminan kepada masa depan ribuan pekerja mereka, daripada 'mengkayakan' seorang individu sahaja.

Mereka juga tidak dapat menerima hakikat jutaan euro telah dibelanjakan untuk membeli seorang pemain bola sepak, dan pada masa yang sama ribuan pekerja FIAT terpaksa berkorban dengan menerima gaji yang kecil.

Pekerja Fiat mempersoalkan mengapa Ronaldo dibayar gaji terlalu tinggi tetapi mereka pula diarah untuk berkorban untuk syarikat. Ini ke Juventus Baru ?

"Keputusan ini sukar untuk diterima kerana sebelum ini pemiliki syarikat meminta para pekerja Fiat melakukan pengorbanan dari segi kewangan untuk bertahun lamanya. Tetapi orang yang sama membuat keputusan untuk membelanjakan ratusan juta euros untuk membeli seorang pemain."

"Pemilik syarikat ini perlu melabur duit mereka terhadap model kereta yang boleh menjamin masa depan ribuan pekerja syarikat ini dari 'mengkayakan' seorang individu semata-mata."

Juventus mengumumkan mereka telah mengikat Ronaldo selama 4 tahun pada hari Selasa lalu. Berikutan pengumuman tersebut, banyak pihak mendakwa Juventus terlebih bayar untuk seorang pemain yang bakal menginjak usia 34 tahun Februari tahun depan.

Kerana Ronaldo, pekerja Fiat mahu mogok selama dua hari

Ronaldo bakal menerima  $131.5 juta untuk 4 tahun yang akan datang dan jumlah tersebut akan menjadikan Ronaldo sebagai pemain paling tinggi menerima gaji di Eropah. Yuran perpindahan Ronaldo ke Juventus merupakan jumlah ke-4 tertinggi dalam sejarah peradaban manusia, hanya Neymar, Kylian Mbappe dan Coutinho dibayar lebih tinggi.

Kerana tidak berpuas hati dengan gaji tinggi diterima Ronaldo, sebilangan besar pekerja Fiat bercadang untuk melakukan mogok selama 44 jam bertempat di plant membuat kereta Fiat yang terletak di Melfi, berdekatan Naples. Mogok ini akan diadakan pada hari Ahad hujung minggu ini.

Walaubagaimanapun, pengeluaran kereta Fiat tidak akan terjejas teruk dengan perkembangan ini memandangkan hanya satu dari 7 plant milik pengeluar kereta tersebut bercadang untuk melakukan mogok.

Fiat terkenal sebagai pengeluar kereta hatchback




Paparkan Komen