The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

PBNJ Tidak Menerima Sebarang E-mel Atau Surat Rasmi Mengenai Penggantungan Martin Lucero

Encik Bakri pada October 27, 2016

JDT melalui laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu penggantungan Martin Lucero yang di turunkan ketika menentang PDRM. Dalam kenyaataan tersebut JDT menjelaskan bahawa PBNJ tidak pernah menerima sebarang e-mel atau surat rasmi daripada FMLLP atau FAM mengenai penggantungan Martin Lucero.

Selain surat rasmi yang tidak diterima, JDT juga mempersoalkan adakah bantahan dilakukan dalam tempoh 72 jam seperti mana syarat yang di tetapkan FAM? Baca kenyataan penuh yang di petik dari Facebook Johor Southern Tigers.

72-jam-syarat-bantahan-oleh-fam

1. PBNJ tidak pernah menerima sebarang e-mel atau surat rasmi daripada FMLLP atau FAM mengenai penggantungan Martin Lucero yang sebagaimana kebiasaannya. Sebagai contoh, pada bulan Ogos kami hanya menerima e-mel mengenai penggantungan S. Chanturu.

2. Jika Martin Lucero benar-benar telah digantung perlawanan, pesuruhjaya perlawanan akan dimaklumkan pada awal permainan dan tidak akan membenarkan pemain ini untuk memulakan atau disenaraikan untuk bermain dalam perlawanan tersebut.

3. Dalam mesyuarat pesuruhjaya perlawanan bersama kedua-dua pasukan pada pagi hari perlawanan, isu Lucero tidak ditimbulkan.

4. Menurut FAM statut, pasukan mempunyai tempoh selama 72 jam untuk membantah/mengadu tentang sebarang perkara yang tidak betul. Oleh itu, dalam kes ini ia telah berlalu lebih dari tempoh 72 jam dan kes ini tidak sepatutnya timbul.

5. Oleh kerana hendak selamatkan satu (1) pasukan, beberapa pasukan lain turut menjadi mangsa. Dan bagaimana anda boleh membangkit isu tersebut selepas dua (2) bulan, sedangkan FAM statut memperuntukkan tempoh 72jam sahaja! Apa sudah terjadi?

cc: FAM, FMLLP, LALANG MALAYA

Baca : Pulau Pinang Mungkin Tersingkir Ke Liga Perdana Dan PDRM Kekal Di Liga Super?


Download aplikasi The Sukan di Google Play