The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Paulo Rangel Di Gantung 6 Bulan

Encik Bakri pada June 20, 2015

KUALA LUMPUR: Pemain import Terengganu, Paulo Rangel dijatuhkan hukuman gantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, hari ini. Badan induk bola sepak negara itu dalam mesyuarat khasnya, memutuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas tindakannya ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan Terengganu menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 16 Mei 2015 lalu.

Pada perlawanan itu, Rangel didapati menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan kedua dan menolak badan pengadil ketika perlawanan.

“Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati Rangel bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’,” menurut kenyataan dikeluarkan FAM, hari ini.

Bagi kesalahan itu, Rangel digantung daripada bermain selama enam (6) bulan berkuat kuasa mulai 20 Jun 2015 sehingga 19 Disember 2015 di atas kesalahan melanggar ‘Artikel 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015.

Selain itu, dia turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,

Begitupun, jawatankuasa turut memutuskan untuk menggunapakai ‘Artikel 35 Kod Tatatertib FAM 2015’ yang mana Rangel hanya dikenakan penggantungan selama tiga bulan pertama dulu (dari 20 Jun 2015 hingga 19 September 2015).

Baki tiga bulan pula bermula dari 20 September 2015 hingga 19 Disember 2015 adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik Pemain. Begitupun, keputusan ini masih boleh dirayu.

Video Perlawanan Di mana insiden menyebabkan Rangel Di gantung

Dalam pada itu, tindakan pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menurunkan pemain yang tidak layak untuk bermain ketika perlawanan suku akhir ke-2 Piala FA antara JDT II menentang Lions XII turut berdepan denda RM5,000.

Pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 22 April 2015 itu, JDT II didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 57 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Ketidaklayakkan”

Selain itu, JDT II turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama dengan keputusan ini tidak boleh dirayu.