Paulo Dybala Sambung Kontrak di Juventus Sehingga 2022

Eikrem 3 bulan yang lalu

Pemain bintang Juventus, Paulo Dybala telah menandatangani kontrak baru bersama kelab Wanita Tua tersebut, sehingga Jun 2022, menurut info dari laman sesawang Juventus.

Dybala mula menyertai Juventus pada tahun 2015 dari Palerm dan telah memenangi Scudetto, Coppa Italia dan Supercoppa Italiana.

Sejak perlawanan Supercoppa pada Ogos 2015, tiada pemain yang mencipta lebih banyak peluang daripada Dybala, yang mencipta 137 peluang, selain muncul pemain Juventus yang paling banyak menggelecek melepasi pihak lawan – 178 gelecekan.

Dybala telah menjaringkan 39 gol dan 16 assist, menjadikannya pendahulu bagi kedua-duanya di Juventus dalam tempoh 18 bulan mutakhir.

Selepas menandatangni kontrak baru, Dybala mengatakan bahawa Juventus adalah kelab yang terbaik buatnya.

“Aku selalu nak berjaya dalam semua benda aku buat dan aku tahu Juventus adalah tempat yang terbaik kalau aku nak menang apa-apa,” katanya ringkas.

Dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-juara menentang Barcelona pada hari Selasa yang lalu, Dybala telah menjaringkan dua gol yang cantik, sekaligus memberikan kelebihan kepada Juventus menjelang pertemuan kedua sukua akhir nanti.

Secara totalnya, Dybala telah menjaringkan 16 gol dalam 35 perlawanan Serie A, Liga Juara-juara dan Coppa Italia pada musim ini dan prestasi cemerlangnya ini membuka mata Arsenal, Barcelona, MISC-MIFA dan juga Manchester City untuk membeli pemain kidal Argentina ini.

Dybala mungkin baru sahaja menyambung kontrak, namun dalam bola sepak segalanya tidak mustahil. Jika ada kelab yang sudi berbelanja besar, Dybala berpotensi menjadi pemain termahal di dunia suatu hari nanti. Kita tunggulah Pak Arab kelab mana yang sudi belanja.