The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Patrick Ronaldinho Pemain Import Terbaru Selangor

Encik Bakri pada December 25, 2015

Bintang import PKNS, Patrick Ronaldinho sah menjadi import terbaharu juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada musim depan.

Perkhabaran pemain import dari Liberia, Patrick Ronaldinho bakal menyertai selangor sudah lama kedengaran sejak saingan Liga Malaysia berakhir.

patrick-ronaldinho-pemain-import-terbaru-selangor
Patrick Ronaldinho

Akhirnya jurulatih PKNS, E. Elavarasan membuka mulut bagi mengesahkan pemain import utamanya itu sudah dipancaing oleh skuad abangnya, Selangor.

Jika tiada sebarang masalah teknikal, penyerang berusia 24 tahun itu sah menjadi milik The Red Giants.

“Dia (Ronaldinho) akan ke Selangor kerana sebagai jurulatih saya kena mengetahuinya lebih awal. Saya terpaksa mencari seorang lagi penyerang.

“Andai ada masalah teknikal dia mungkin kekal di sini, jika tidak dia akan ke Selangor,” dedah Elavaran.

Sebagai persiapan menghadapi musim depan, PKNS sedang menguji bintang Indonesia, Oktovianius Maniani yang hadir pada sesi latihan yang masuk hari keempat pada Khamis.

Jika Elavarasan berpuas hati dengan prestasi Oktovianius, PKNS kemungkinan besar bakal menyerapkan pemain yang berasal dari Jayapura ini.

Beberapa muka baharu yang menyertai PKNS antaranya Remezey Che Ros, Khairul Ramadan Zauwawi, Yusaini Hafiz dan Farid Ramli.

“Peluangnya (Oktovianius) 50-50 sebab sebelum ini dia diuji dengan pasukan lain, tiba-tiba kami dihubungi ejennya dan kami pun berinya peluang. Dia belum diuji 100 peratus lagi jadi kita tengok macam mana nanti.”