Park Ji Sung, Manusia Yang Mempunyai Tiga Paru-Paru

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 2 bulan yang lalu

Park Ji Sung. Nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat bola sepak serata dunia. Lagenda Korea Selatan dan Manchester United digelar sebagai "three lungs" dek kerana staminanya yang luar biasa apabila beraksi di dalam padang.

Beliau merupakan pemain Korea Selatan dan pemain dari asia yang pertamaberjaya bermain untuk pasukan utama Manchester United serta berjaya menjaringkan gol-gol penting untuk Manchester United. Walaupin sebenarnya Dong Fangzhou la pemain asia pertama bermain untuk kelab Manchester United, namun beliau tidak pernah berjaya menembusi skuad utama United dan hanya melakukan satu penampilan dengan skuad kedua United.

Berbalik kepada Park Ji Sung ini, artikel kali ini akan memberikan anda semua sedikit sebanyak info mengenai beliau.

1. Park Ji Sung dilahirkan pada tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh. Maaf terpatriotik pula. Beliau lahir pada 25 Februari 1981.

2. Park Ji Sung dilahirkan di Goheung, South Korea.

3. Beliau memulakan kariernya di Jepun. Bermain di kelab bernama Kyoto Purple Sanga.

Awal Karier Beliau (Pinterest)

4. Oleh kerana beliau mempunyai fizikal yang kecil semasa zaman kanak-kanaknya, beliau telah meminum air rebusan katak dan darah rusa bagi mempercepatkan proses pembesaran beliau.

5. Park Ji Sung memperkenalkan namanya kepada dunia apabila beliau telah menjaringkan gol menarik dan penting untuk pasukannya Korea Selatan semasa menentang Portugal dalam kejohanan Piala Dunia 2002.

Menjaringkan Gol Penting Sewaktu Menentang Portugal

6. Tidak lama kemudian Park Ji Sung telah ditawarkan kontrak oleh PSV Eindhoven, kelab yang berpengkalan di Belanda.

Park Menjaringkan Gol Untuk PSV Semasa Menentang AC Milan (Squawka.com)

7. Walaupun beliau bermula perlahan kerana kecederaan, beliau berjaya menambat hati penyokong PSV dengan aksi bertenaganya.

8. Dengan kehadiran Park Ji Sung, PSV telah memenangi kejuaraa liga serta piala KNVB pada tahun 2002 sehingga 2005.

9. Pada tahun 2005, dunia bola sepak digegarkan dengan berita yang penulis artikel ini begitu kacak. Eh.. dunia bola sepak digegarkan dengan berita perpindahan Park Ji Sung ke kelab paling berpengaruh di dunia iatu Manchester United.

Park Dengan Trofinya. Hai Liverpool. (101great.com)

10. Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United pada ketika itu dikhabarkan begitu meminati gaya permainan beliau.

11. Namun ada desas desus mengatakan, pembelian beliau tidak lain bukan hanyalah sekadar promosi untuk pasukan Manchester United ke Korea Selatan.

12. Namun Park Ji Sung telah menutup mulut para pengkritiknya dengan persembahan memukau apabila bermain untuk pasukannya.

13. Beliau telah membantu kelab Manchester United memenangi EPL sebanyak 3 kali . Park Ji Sung juga adalah satu-satunya pemain asia yabg pertama bermain di pentas final Champion League.

14. Disebabkan persembahan dan aksinya yang memukau, para peminat Manchester United telah memberikan gelaran "Three Lungs".

15. Sementara itu, pada peringkat antarabangsa, Park satu-satunya pemain asia yang berjaya menjaringkan gol diĀ  kejohanan Piala Dunia untuk tiga edisi berturut. Selepas melakukan penampilan yang ke 100 untuk Korea Selatan di kejohanan Piala Asia. Park telah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.

Lagenda Asia Dan Korea Selatan ( Pinterest.Com)

16. Pada tahun 2012, Park Ji Sung telah berpindah ke Queens Park Rangers namun gagal membantu pasukannya dari tersingkir dari EPL.

17. Pada tahun 2013, Park telah dipinjamkan kepada kelab lamanya semula iatu PSV namun tidak lama kemudian beliau akhirnya memutuskan untuk bersara.

Aktiviti Park Setelah Bersara. Menyepak Kwang Soo. (Pinterest.com)




Paparkan Komen