The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Purelyb

Pandelela Rinong Mengumpul Ganjaran Sebanyak RM1.85 juta

Encik Bakri pada September 5, 2016

Hasil penat lelah Pandelela Rinong meraih pingat perak Olimpik Rio 2016 terbalas apabila setakat ini memperoleh ganjaran terkumpul sebanyak RM1.85juta. Kini Pandelela berstatus jutawan. Ganjaran terkumpul itu adalah hasil insentif pelbagai pihak.

Pandelela memperoleh insentif RM500 000 tambahan seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini. Kerajaan Negeri Sarawak tidak ketinggalan apabila memberi insentif juga sebanyak RM500 000 ditambah lagi RM100 000 yang disumbangkan oleh syarikat swasta, Techninier Sdn Bhd.

Sebuah syarikat pemaju, Tenaga Stabil Sdn Bhd, pula menghadiahkan satu unit kondominium bernilai RM750,000 kepada atlet itu di kawasan mewah, MJC Batu Kawah. Menjadikan keseluruhan insentif yang dinikmatinya bernilai RM1.85 juta.

Kerajaan Sarawak yang diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, turut mengumumkan persetujuan Kabinet untuk menukar nama Pusat Akuatik Petra Jaya berharga lebih RM100 juta yang dibina untuk Sukan Malaysia (Sukma XVIII) lalu sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong bagi menghargai kecemerlangan anak Kampung Jugan, Bau itu.


Download aplikasi The Sukan di Google Play