Orang Ramai Dicabar Melompat Setinggi Ronaldo Untuk Dapat Hadiah £1,000

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Cristiano Ronaldo sememangnya pemain yang luar biasa dan Chris Coleman merasakan Ronaldo telah melompat setinggi 2.65 meter ke udara ketika menjaringkan gol untuk Portugal menentang Wales di separuh akhir EURO 2016.

Pemain sensasi Juventus itu berada 80 sentimeter daripada tanah ketika beliau melakukan tandukan dan berada diudara selama 0.7 saat.

"Kau tak nak bertahan menentang pemain yang boleh melompat setinggi itu." Dengus Coleman.

Martin Keown yang menyaksikan detik itu menyifatkan seperti menonton bola keranjang.

"Seperti menonton pemain bola keranjang naik ke atas dan mahu melakukan slam dunk."

Ronaldo berketinggian 6 kaki 1 inci dan panjang bukan standard Asia tetapi satu kajian pada 2011 yang dilakukan oleh Chichester University mendapati secara purata lonjakan sederhana Ronaldo adalah 78cm di mana 7cm tinggi tinggi berbanding pemain NBA secara purata.

Jadi tidak hairan dan pelik Ronaldo telah menjaringkan lebih 100 gol melalui sundulan sahaja.

Lantaran itu F2 Freestylers yang ditunjangi oleh dua penggaya bebas bola sepak Jeremy Lynch dan Billy Wingrove telah mencabar orang awam untuk melompat setinggi Ronaldo.

Billy, atau nama sebenarnya William Wingrove merupakan anak kepada pemain bola sepak Tottenham Hotspur dan dia pernah berada di akademi remaja Tottenham namun dia tidak terpilih untuk berada sebaris dengan Andros Townsend, Jake Livermore, Stephen Kelly atau Luke Young – antara pemain yang sempat membuat penampilan professional bersama Spurs sebelum dijual.

Jeremy Lynch dan Billy Wingrove

Pada tahun 2003, ketika Wingrove berusia 21 tahun, dia telah menyertai pertandingan Nike Freestyle, yang disertai 6000 peserta dan perjuangannya dalam pertandingan ini terhenti di separuh akhir setelah tewas kepada peserta Korea Selatan, Hee Young Woo. Sejak hari itu, Wingrove sangat benci lagu K-Pop, kecuali BlackPink

Rakan baik Billy, Jeremy Lynch juga pernah bercita-cita untuk menjadi pemain professional. Jeremy pernah menyertai akademi Arsenal namun disingkirkan pada usia 15 tahun kerana, walaupun mempunyai teknik yang cemerlang, Jeremy tidak mempunyai kepintaran dalam membuat keputusan.

Jeremy kemudiannya memfokuskan dirinya ke arah freestyle, yang dia mendapat inspirari daripada iklan Edgar Davids pada tahun 2000. Jeremy pernah menyertai pertandingan ‘Orang British Berbakat’ pada tahun 2008 dan mampu mendapat ‘3 yes’ daripada Simon Cowell, Amanda Holden dan Piers Morgan.

Jeremy Lynch dan Billy Wingrove telah menawarkan hadiah £1,000 kepada mereka yang berjaya mencapai ketinggian 2.65m, ketinggian sama yang dilakukan Ronaldo ketika menentang Wales.

Bola di gantung di tiang setinggi 2.65m dan patung Ronaldo diletakkan ditepi sebagai pembakar semangat. Apa yang perlu peserta lakukan adalah melompat dan menanduk bola itu dapat sentuh dengan kepala pun jadi la.

Ramai datang mencuba kerana tidak perlu pendaftaran dan tiada yuran dikenakan serta cubaan boleh dilakukan tanpa had. Selepas bergilir-gilir mencuba ramai yang gagal untuk mendekati sasaran.

Sehinggalah datang seorang pelancong tinggi lampai daripada Australia datang mencuba dengan memakai kasut pejabat je. Cubaannya gagal namun rambutnya telah menyentuh bola itu tetapi tidak dikira.

Lalu Tuhan mengirimkan seorang hamba yang berada disitu untuk meminjamkan kasut sukan beliau kepada warga Australia itu kerana beliau percaya kasut sukannya dapat membantu lelaki Australia itu melonjak lebih tinggi.

Ternyata sangkaan beliau tepat, lelaki Austalia itu berjaya melakukan tandukan dengan selesa dan mencapai ketinggian yang sama dilakukan Ronaldo.

Maka £1,000 menjadi milik warga Australia itu dan beliau mahu berkongsi hadiah kemenangan dengan lelaki yang meminjamkan kasut itu namun ditolak dengan penuh beradab lagi sopan.

"Bersukarialah kau dengan duit itu di kota London."

Melihat kemuliaan hati lelaki memberi kasut beliau kepada orang yang tidak dikenali Jeremy Lynch dan Billy Wingrove menawarkan wang hadiah kepada lelaki itu.

Lelaki itu membuat keputusan untuk menderma wang tersebut. Sungguh mulia beliau.




Paparkan Komen