The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Orang Gila Sahaja Anggap Kedah Juara Piala Malaysia 2015

Encik Bakri pada December 7, 2015

Final Piala Malaysia 2016 sekali lagi menemukan pasukan Kedah dan Selangor, final tahun ini ibarat ulangan Final Piala Malaysia 2015 di mana Kedah kecundang 2-0. Mampukah Kedah membalas dendam pada tahun ini?

Artikel yang di tulis pada tahun lepas ini adalah nukilan hati dan perasaan penyokong sejati Helang Merah HASRIL ABU HASSAN yang ingin berkongsi rasa dan perasaan beliau bersama pembaca The Sukan kerana Kedah berjaya ke Final Piala Malaysia pada tahun lepas.

Pada tahun lepas Kedah bermain di Liga Perdana dan berjaya mara ke pentas final Piala Malaysia. Ketika itu Kedah dibimbing sementara oleh Roman Marcote kerana Tan Chen Hoe terlibat dalam kursus kejulatihan. Pada perlawanan akhir Cheng Hoe kembali untuk membinbing Kedah.

Baca : Membawa Kedah Sehingga Ke Final Piala Malaysia 2015 : Siapakah Ramon Marcote?

Jika anda ada artikel untuk disiarkan boleh email kepada [email protected] atau PM saja ke Facebook The Sukan.

ORANG GILA SAHAJA ANGGAP KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2015

Kedah layak ke Final Piala Malaysia/ Juara Piala Malaysia, hanya Orang tidak waras atau gila sahaja akan beranggapan sedemikian. Tanyalah kepada semua penyokong Negeri di Utagha Tanah Ayaq tersebut, rata-rata cuma mahu Kedah berjaya meloloskan diri ke Liga Super sahaja setelah berkurun lamanya tersadai di Liga Perdana. Jawapan tersebut ikhlas di awal liga dan bukannya akhir-akhir ini dengan peminat Kedah, Pemain serta Pengurusan sudah mula membayangkan pencapaian lebih tinggi serta jauh.

Ini kerana, Keputusan pelik tapi benaq mula terukir setelah Kedah berjaya membenam DRB Hicom (5-1) untuk bergelaq Juara Liga Perdana yang pada awalnya kita xpernah mimpi pun. Kenapa tidak? cukup mudah diperhitungkan, prestasi dan komitmen kewangan yang agak terbatas untuk berbelanja adalah faktor utamanya. Tetapi itulah benaq kata Oghang Baling dengan Jeniang, Bola itu Bolat dan kita tidak wajar memandang kesemua faktor tersebut termasuk persepsi dengan sebelah mata. Nah..!!! telah Kedah buktikan nak habaq kat hangpa semua la…

Jika Selangor dengan misi ‘33’nya, Cheq yakin benaq Kedah cuma mahu settlekan misi musim ini sehabis cemerlang sahaja. Berbekalkan status pasukan liga Perdana, siapalah yang dapat membayangkan Kedah mampu melayakkan diri ke pentas Final Piala Malaysia. Untuk itu, Jika di imbas ramalan Otai-otai Bolasepak sebelum ini, rata-rata mereka menyatakan bahawa pentas final milik Felda, Pahang serta Selangor sahaja. Bahkan Jurulatih sementara Malaysia, Ong Kim Swee turut mempunyai saham ramalan dengan pentas Final milik Felda Vs Pahang katanya..

Cheq bukan nak malukan ramalan mereka, akan tetapi itulah hakikat yang telah dilabelkan ke atas pasukan Kedah berdasarkan pencapaian sebelum ini. Kedah bukan pasukan pilihan mahupun terbaik musim ini, Kedah cuma sebuah pasukan yang tiba-tiba konsistennya dalam setiap perlawanan meningkat dan Kedah juga sebuah pasukan yang tiba-tiba semangat berpasukannya Ditiup tinggi oleh peminat fanatik mereka. Dan pernyataan ini benar berdasarkan rekod penjualan tiket perlawanan Bolasepak tertinggi adalah milik Darulaman di Malaysia musim ini…harap betoi la..!!!

Untuk itu, Steadylah.. Hijau Kuning, Kita bukan Bangsa Kedah tetapi kita Oghang Utagha..!!! pasai pa?, mudah ja jawapannya, untuk menjadi sebuah pasukan disegani tentulah kita mahu pasukan kita dihormati. Untuk itu, Kedah bukan hanya Kedah, tetapi Kedah mewakili setiap suara hati Oghang Utagha termasuk lain-lain pasukan Liga plus Pak Belang JDT yang datang tempoh hari.. Hijau Kuning buat semua peminat Bolasepak tempatan kita, Supportlah kami. Marilah, sama-sama buktikan fakta sesetengah fanatik, Bolasepak sebenaqnya medan menyatukan kita dan bukan sebaliknya…

Akhiaq kalam, Cheq nyatakan secara jelas buat rakan-rakan Hijau Kuning. Beraksi di Pentas Final Piala Malaysia 2015 adalah qeja gila, Ya gila..!! qerana sebenaqnya Kedah sudah melangkaui Jangkaan musim ini. Ingatlah tekanan Final bukan pada kita atau Kedah khususnya kerana misi Hijau Kuning sudah terlaksana. Kedah Cuma mahu melakukan yang terbaik demi Pasukan, Negeri serta Rakyatnya. Bagi tujuan tersebut, Jika ditakdirkan Juara Piala Malaysia 2015 bukan milik kita pun, Ayuhlah.. Marilah.. ‘Come On’.. lah kita pastikan Stadium Shah Alam penuh Oghang kita…… ‘Pulun Kedah Pulun’

#‎ketaqkaki‬ ‪#‎sokian‬ ‪#‎tidoqLulu‬

KEDAH..!!! KEDAH..!!! KEDAH..!!!

Yang Benaq

HASRIL ABU HASSAN
Cheq Oghang Utagha

Nota Kaki;
Tiket Final Piala Malaysia akan mula dijual Khamis ini (30k untuk KFA & 30k buat FAS). Kapasiti Stadium based on Brader Wikipedia ialah 80,372k. Jualan tiket secara Online subjektif akan tetapi logik akal 30k di Stadium Darul Aman Solid Utagha, cuma 30k di Stadium Shah Alam boleh kita attack gamaknya….!!!


Download aplikasi The Sukan di Google Play