#OleOut Terus Bergema Selepas Manchester United Tewas Kepada Arsenal

Share on facebook
Share on twitter

Laungan #OleOut terus bergema selepas Manchester United tewas kepada pasukan London yang lemah dan lembik, Arsenal dalam perlawanan ke-21 Premier League.

Ole Gunnar Solskjaer sudah pasti mahu mencari kemenangan ketiga berturut-turut bagi merapatkan diri ke kedudukan keempat.

Ini merupakan perlawanan ketiga Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta yang mendapat kepercayaan untuk mengembalikan semula Arsenal sebagai pasukan berbisa.

Manchester United bermula garang dalam perlawanan ini dan mengasak dari awal permainan lagi namun akhirnya tewas dengan kehebatan Nicolas Pepe.

Garang tanpa sengatan tidak membawa apa-apa makna apabila Nicolas Pepe terlebih dahulu meletakkan Arsenal dihadapan pada minit ke-8.

Selepas dua perlawnan penuh meyakinkan Setan Merah mati kutu dan Ole Gunnar Solskjaer kembali kepada Ole yang masih mencari formula.

Ole Gunnar Solskjaer boleh dikatakan survivor tunggal selepas pengurus lain yang mencatatkan keputusan yang tidak memberansangkan dipecat.

Kadar kemenangan yang dicatatkan Ole sangat menyedihkan tetapi masih kekal.

Hanya 3 minggu untuk Arteta memperkemaskan bahagian pertahanan Arsenal yang lemah dan lembik.

Namun Ole telah melepasi beberapa jendela perpindahan dan masih berbicara soal formula.

Semua Out?

Laungang OleOut bergema Dr. Maszlee Malek Pula Letak Jawatan

Selepas 12 jam kekalahan yang memeritkan Setan Merah kepada Arsenal, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perletakkan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia.

Ketika peminat mahu Ole keluar Dr. Maszlee Malek telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.

Dr. Maszlee Malek Letak Jawatan

Sah! Dr. Maszlee Malek letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan sebentar tadi & berkuatkuasa pada 3 Januari 2020

Posted by Mulakan on Thursday, 2 January 2020

Dr. Maszlee dikatakan sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir awal tengah hari tadi.

Tun Mahathir dikhabarkan menerima perletakan jawatan Dr. Maszlee dan sidang akhbar dijadualkan bakal diadakan jam 4.30 petang ini.

Dr. Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Sebelum ini, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.

Share on facebook
Share on twitter