The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Nismilan Bubar Pasukan Liga Perdana

Eikrem pada August 26, 2015

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) telah membubar pasukan Liga Perdana NS Matrix, sejurus selepas pasukan tersebut gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia 2015.

blogger-image--188187513

Turut disingkirkan ialah ketua jurulatih, K. Devan.

NS Matrix menamatkan cabaran Liga Perdana di tangga ke-6 dengan 8 kemenangan, 8 seri dan 6 kekalahan. Keputusan itu dilihat tidak sepadan dengan kekuatan di atas kertas yang dimiliki pasukan negeri adat pepatih ini.

Manakala dalam perlawanan play-off ke Piala Malaysia 2015, NS Matrix tewas 3-0 kepada pasukan belasahan Liga Super, ATM.

Antara nama-nama besar yang bakal menjadi ejen bebas ialah Forkey Doe, Bruno Martelotto, Khyril Muhaimeen dan Azizi Mat Rose.

Tidak dapat dipastikan sama PBNS akan membayar pampasan kepada mereka yang terlibat atau tidak.