The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Nico Rosberg Juara Grand Prix F1 2016

Encik Bakri pada November 28, 2016

Nico Rosberg menamatkan perlumbaan terakhir F1 di litar Abu Dhabi tahun ini di tempat kedua tetapi itu sudah cukup untuk beliau muncul juara dunia F1 untuk tahun 2016 sekaligus mengulangi pencapaian bapanya, Keke Rosberg yang mucul juara pada 1982.

Lewis Hamilton muncul juara pada perlumbaan Abu Dhabi tetapi gagal untuk memotong mata keseluruhan Rosberg yang berkelebihan 5 mata. Pada perlumbaan itu Hamilton mempamerkan pemanduan agresif dengan memandu dilorong kiri, memotong barisan serta tidak memberi isyarat ketika memotong.

latest

Hamilton mengawal perlumbaan dari kedudukan paling hadapan dengan arahan dari pasukan supaya tidak mencuba untuk membuat strategi bagi melengahkan Rosberg. Tetapi Hamilton terus memecut dan mengabaikan arahan radio dari pasukan.

Dengan kejayaan ini Rosberg dan bapanya menjadi pelumba pasangan bapa dan anak kedua selepas Damon Hill dan bapanya muncul sebgai juara F1.

Kedudukan Keseluruhan Pemandu F1 2016

2016-driver-standings

Kedudukan Keseluruhan Pengeluar F1 2016

2016-constructor-standings