N’Golo Kante – Pemain Chelsea Yang Paling Tawadduk

Eikrem 5 bulan yang lalu

N’Golo Kante ialah salah seorang pemain tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris. Itu fakta.

Prestasi cemerlang Kante berkuasa kuda bersama Leicester musim lalu membuka hati Conte untuk membawa pemain ini ke Stamford Bridge dengan nilai £32juta (RM177juta), dan sejak itu pemain berusia 25 tahun ini telah membantu pasukan The Blues menggayatkan diri di tangga teratas liga selepas 24 perlawanan.

Dengan kualitinya mematahkan serangan pasukan lawan dengan bermain sambil memejam mata, Kante mendapat pujian dan disukai bukan setakat penyokong Chelsea, malah semua penggemar bola sepak.

Selalunya, apabila status seseorang pemain itu meningkat, maka gaya hidup mereka juga secara automatik meningkat mewah dengan kereta-kereta mahal, termasuklah di Malaysia, tetapi tidak bagi Kante.

Kante tidak goyang bila diuji dengan kemewahan. Buktinya, dia sekadar memandu kereta Mini Cooper, sedangkan pemain lain memandu kereta yang mewah seperti Bentley, Mercedes, Perodua dan BMW.

Ketika ditanya Sunday Times, Kante berkata ;

“Teman bukanlah suka kereta sangat. Mini Cooper teman tu, teman beli sebab nak belajar memandu di sebelah kiri. Teman beli masa teman di Leicester dulu, dan sampai sekarang teman pakai yang tu lagi.”

Ternyata Kante ada terbaca status Facebook pakar hartanah Malaysia yang berkata tidak guna kalau berkereta mewah tapi rumah sewa.