The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Ng Eain Yow Juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016

Encik Bakri pada August 12, 2016

Pemain ranking 144 dunia, Ng Eain Yow menjadi pemain Malaysia kedua menjulang gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016 selepas memenangi kejohanan yang berlangsung di Bielsko-Biala, Poland, lewat Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Gambar : http://wsfworldjuniors.org/
Gambar : wsfworldjuniors

Eain Yow yang merupakan pilihan kedua, memberi persembahan penuh aksi dengan membuat kejutan terhadap pemain pilihan utama, Saadeldin Abouaish dari Mesir apabila menang 11-3, 9-11, 11-7 dan 11-5 dalam pertandingan akhir kategori remaja lelaki yang berlangsung kira-kira 54 minit.

Kemenangan itu mengubat kekecewaannya selepas kalah dalam separuh akhir kepada Diego Elias dari Peru yang merangkul tempat kedua skuasy remaja dunia buat kali kedua, di Eindhoven, Netherlands tahun lepas.

Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Ong Beng Hee merupakan pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Remaja Dunia itu pada 1998 dalam kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Gambar : http://wsfworldjuniors.org/
Gambar : wsfworldjuniors

Eain Yow akan membawa cabaran negara dalam acara berpasukan lewat hari ini, apabila Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama-sama pasukan Afrika Selatan, Sepanyol dan juga Amerika Syarikat.

Terdahulu, pemain nombor lima dunia dan pilihan pertama, Nouran Gohar dari Mesir menewaskan rakan sepasukan, Rowan El Araby; 11-5, 11-6 dan 11-7, sekali gus mempertahankan gelaran kategori wanita yang dimenanginya tahun lalu di Eindhoven, Netherlands.

Sumber :Astro Awani