The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

NFDP PROGRAM JELAJAH UK DAN ASEAN : Skuad Remaja Kebangsaan B-13 Raih Pengalaman Antarabangsa

Encik Bakri pada September 29, 2015

Kuala Lumpur, 28 September 2015 : Sejumlah 54 pemain skuad bawah-13 tahun telah meraih pengalaman berharga apabila Program Jelajah United Kingdom (UK) dan Program Jelajah ASEAN yang dianjurkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) melabuhkan tirainya, kelmarin.

25 pemain telah dipilih untuk Jelajah United Kingdom dan 29 lagi menyertai Jelajah ASEAN yang bermula pada 12 hinggalah 26 September 2015.

Program Jelajah UK melibatkan 10 perlawanan persahabatan menentang akademi-akademi Liga Perdana dan Liga Kejuaraan England seperti Liverpool, Manchester City, Crystal Palace, Tottenham Hotspur dan West Ham. Pada tahun lepas, Program Jelajah UK PPBN hanya melibatkan perlawanan-perlawanan di sekitar London.

Mohamad Ikhwan berjaya mendapatkan bola daripada pihak lawan iaitu Manchester City B13. Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia B13 0-2 Manchester City B13.
Mohamad Ikhwan berjaya mendapatkan bola daripada pihak lawan iaitu Manchester City B13. Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia B13 0-2 Manchester City B13.
Asman Asrul diasak oleh pemain Queens Park Rangers (QPR) ketika perlawanan persahabatan di Loftus Road, QPR. Pasukan Malaysia B13 telah berjaya menewaskan QPR B13 dengan jaringan 1-0.
Asman Asrul diasak oleh pemain Queens Park Rangers (QPR) ketika perlawanan persahabatan di Loftus Road, QPR. Pasukan Malaysia B13 telah berjaya menewaskan QPR B13 dengan jaringan 1-0.

Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim menyifatkan program Jelajah UK pada tahun ini telah mencapai objektif yang dikehendaki.

“Setiap tahun kita mahukan perlawanan yang berkualiti dan kompetitif untuk para pemain ini dan dengan penganjuran program sebegini, kita telah dedahkan seberapa ramai pemain dengan persekitaran bola sepak di tahap tertinggi dan bertaraf dunia.”

“Sebagai contoh ketika di UK, kami telah bertarung dengan pasukan-pasukan yang berkualiti tinggi seperti Liverpool FC, Manchester City FC dan West Ham United FC. Pasukan-pasukan sebegini telah memberi tekanan yang hebat terhadap anak tempatan kita dan ini telah memberikan mereka peluang untuk membuktikan bahawa mereka juga sama hebat seperti pemain-pemain muda di Eropah, malah lebih baik berbanding mereka.” tambah Teong Kim.

Pemain Tottenham Hotspur B13 memberi tekanan kepada pemain Malaysia B13 iaitu Fahmi Daniel. Malaysia B13 telah membenam Tottenham Hotspur B13 dengan keputusan 7-2.
Pemain Tottenham Hotspur B13 memberi tekanan kepada pemain Malaysia B13 iaitu Fahmi Daniel. Malaysia B13 telah membenam Tottenham Hotspur B13 dengan keputusan 7-2.
Pasukan Malaysia B13 meraikan gol yang dihasilkan oleh Asman Asrul ketika menewaskan pasukan West Ham United B13 dengan keputusan 2-1.
Pasukan Malaysia B13 meraikan gol yang dihasilkan oleh Asman Asrul ketika menewaskan pasukan West Ham United B13 dengan keputusan 2-1.

Program Jelajah United Kingdom merupakan program tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama dan bantuan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang merupakan salah satu rakan nasional PPBN.

Selain daripada membantu mengaturkan perlawanan menentang akademi-akademi ternama di England, QPR juga menerima 4 jurulatih PPBN yang akan berkelana selama 3 minggu (27 September-17 Oktober 2015) di Heston bagi program kejurulatihan intensif di bawah Akademi Bola Sepak QPR. Jurulatih-jurulatih PPBN tersebut ialah Abdul Jalil Md Isa (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perlis), Armi Shariff (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu), Omar Maya Amat (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sabah), dan Zabidi Osmain (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor).

Sementara itu seramai 29 pemain dan 9 jurulatih yang diketuai oleh Wan Rohaimi Wan Ismail telah dihantar ke Thailand, Cambodia & Vietnam bagi Program Jelajah ASEAN. Inisiatif ini diambil bagi memberikan pendedahan luar negara kepada lebih ramai pelatih skuad elit. Sebahagian besar pemain-pemain Jelajah ASEAN ini mendapat pendedahan sulung bermain di luar negara melalui perlawanan-perlawanan menentang akademi-akademi utama di ketiga-tiga negara ASEAN tersebut seperti Chonburi FC, PVF Vietnam dan Phnom Penh Crown FC.

Keputusan Penuh Jelajah United Kingdom (11- 26 September 2015)

#JelajahUK2015

14 September : Malaysia B13 (7) – (0) Barnsley Schools FA B13

15 September : Malaysia B13 (5) – (1) Sheffield Wednesday FC B14

Malaysia B13 (5) – (0) Sheffield Wednesday FC B13

17 September : Malaysia B13 (3) – (2) Liverpool FC B13

18 September : Malaysia B13 (0) – (2) Manchester City FC B13

21 September : Malaysia B13 (1) – (0) Queens Park Rangers FC B13

22 September : Malaysia B13 (1) – (1) Reading FC B13

23 September : Malaysia B13 (2) – (1) West Ham United B13

24 September : Malaysia B13 (7) – (2) Tottenham Hotspur B13

25 September : Malaysia B13 (7) – (0) Crystal Palace B13

Keputusan Penuh Jelajah ASEAN (14 – 26 September 2015)

#JelajahASEAN2015

Thailand

15 September : Malaysia B13 (1) – (1) Sri Racha College B13

16 September : Malaysia B13 (6) – (1) Thakhampittayakhom B13

17 September : Malaysia B13 (0) – (1) Chonburi FC B13

Cambodia

19 September : Malaysia B13 (1) – (3) Phnom Penh Crown FC B15

20 September : Malaysia B13 (2) – (4) Svay Rieng B15

21 September : Malaysia B13 (4) – (0) Phnom Penh Crown FC B15

Vietnam

23 September : Malaysia B13 (2) – (4) PVF Vietnam B13

24 September : Malaysia B13 (8) – (0) Ho Chi Minh City FA B13

25 September : Malaysia B13 (1) – (2) PVF Vietnam B13

SENARAI PENUH DELEGASI PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN KE JELAJAH UNITED KINGDOM

 Pegawai Pasukan
  • Lim Teong Kim, Pengarah Projek PPBN
  • Kurt Niedermayer, Penasihat Teknikal PPBN
  • Raja Azlan Shah Raja Sho’ib, Penyelaras Teknikal, Sekolah Sukan Malaysia
  • Arulchelvan a/l Illenggo, Penyelaras Skuad Elit PPBN
  • Adrian Blumberg, Ketua Unit Kecergasan & Kesenggangan
  • Boon Aik Hau, Pegawai Unit Prestasi & Pemantauan Teknikal
  • Effendi Malek, Ketua Jurulatih Skuad Bawah 13 Tahun, 2016
  • Abd Jalil Md Isa, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perlis
  • Zabidi Osman, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor
  • Mohd Armi Shariff, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu
  • Omar Maya Amat, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sabah & WP Labuan
  • Ridzuan Abdul Rahman, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Kedah
  • Pemain
  • Muhammad Danish bin Ishak (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Daniel Akmal bin Mohd Faqrol Rizal (SS Bukit Jalil)
  • Arif Aiman bin Mohd Hanapi (SS Bukit Jalil)
  • Abdul Alim Al-Amri bin Ali (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Alif bin Abdul Mutalib (SS Bukit Jalil)
  • Aleff Haedi bin Za’ba (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Hariz bin Mansor (SS Bukit Jalil)
  • Amran bin Abdul Jamil (SS Bukit Jalil)
  • Mohammad Alias bin Alan (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Firdaus bin Ramli (SS Bukit Jalil)
  • Megat Syafique Syazwan bin Mohd Khairul (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Asman Asrul bin Sulkarnain (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Amirul Ashrafiq bin Hanifah (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Danial bin Amali (SS Bukit Jalil)
  • Luqman Hakim bin Shamsudin (SS Bukit Jalil)
  • Muhammad Fahmi Daniel bin Mohd Zaaim (SS Bukit Jalil)
  • Alif Daniel bin Abd Aziz (SS Bukit Jalil)
  • Ikmal Zikram bin Jonisman (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Raimi bin Shamsul (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Dinesh Baskaran (SS Malaysia Pahang)
  • Sikh Izhan Nazrel bin Sikh Azman (SS Malaysia Pahang)
  • Ali Imran bin Sukari (SS Malaysia Pahang)
  • Mohamad Ikhwan bin Mohd Hafizo (SS Malaysia Pahang)
  • Naven Raj a/l Kanan (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Syukur Aiman bin Ramly (SS Malaysia Pahang)
  • SENARAI PENUH DELEGASI PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN KE JELAJAH ASEAN

    Pegawai
  • Wan Rohaimi Wan Ismail, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Kelantan
  • Osmera Omaro, Ketua Jurulatih B-13, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
  • A Mustaffa Ab Rahim, Penyelaras Zon Selatan PPBN
  • Mohd Khushairi Abdul Wahab, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Selangor
  • Zuwairi Mohamad, Ketua Jurulatih Pusat, Akademi Tunas (AT) Bandar Tun Razak
  • Muhd Shahabudin Mukhtar, Penolong Penyelaras Skuad Elit PPBN
  • Renu Kumar Kandasamy, Jurulatih Separuh Masa AT Bandar Tun Razak
  • Shariman Zakaria, Ketua Jurulatih Pusat, AT Arau
  • Amarul Nazar, Ketua Jurulatih Pusat, AT Kulaijaya
  • Zulfahmee Mahat, Ketua Jurulatih Pusat, AT Alor Gajah
  • Pemain
  • Muhammad Najmudin Akmal (AT Petaling Perdana)
  • Kieran Tan Ze Ren (AT Bandar Tun Razak)
  • Muhammad Nabil Adzib (SSN Perlis)
  • Muhamad Danial Romizan (SS Bukit Jalil)
  • Zikry Mohd Hafis (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Safwan Mazlan (SS Malaysia Pahang)
  • Muhamad Umar Hakeem (SS Malaysia Pahang)
  • Wan Muhammad Syafiq Hilmi (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Firdaus Kaironnisam (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Afiq Haiqal (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Hazwan Hassan (SS Malaysia Pahang)
  • Ahmad Umar Haziq (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Haikal Alif (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Izzul Adham (SS Malaysia Pahang)
  • Muhamad Aidil Haris (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Asyraf Jamal Hisam (SS Malaysia Pahang)
  • Muhammad Haikal Rosdi (SS Malaysia Pahang)
  • Muhamad Alif Zikri (SS Malaysia Pahang)
  • Ahmad Zikri Mohd Khalili (SS Malaysia Pahang)
  • Amirul Naim Shahruddin (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Izzul Azmi (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Iman Kasim (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Norazwan Mohd Amir (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Danie Asyraf Fadzli (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Mohammad Aniq Mohd Asri (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Harith Haiqal Adam Afkar (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Dinie Alif (SS Tunku Mahkota Ismail)
  • Muhammad Arif Hafiz (SS Tunku Mahkota Ismail)

  • Download aplikasi The Sukan di Google Play