NFDP Kekal di Bawah Kementerian Belia dan Sukan, Bukan FAM

Eikrem 4 bulan yang lalu

Ketika baru dilantik sebagai Presiden FAM tempoh hari, Tunku Ismail menyatakan bahawa pembangunan akar umbi bola sepak di negara ini berada di satu tahap yang membimbangkan, jika tidak membangangkan.

Dalam satu temuramah juga, Tunku Ismail mengatakan bahawa tanggungjawab FAM ialah untuk menyelia dan menguruskan mana-mana program melibatkan bola sepak di negara ini tanpa campur tangan mana-mana badan atau organisasi, termasuk Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara(PPBN, atau dalam bahasa orang putihnya NFDP).

Tunku Ismail berkata, NFDP dan segala peruntukannya sepatutnya diletakkan di bawah FAM, bukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan seperti yang dilakukan hari ini.

Walaubagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan. Encik Khairy Jamaluddin tampaknya tidak bersetuju dengan cadangan ini dan mempertahankan kedudukan NFDP sekarang ini, di samping memberikan kerjasama terbaik kepada FAM dalam hal ini.

“Kami akan berikan kerjasama terbaik kepada FAM,” kata Khairy selepas pelancaran pembidaan nombor plat RIMAU.

Pada masa yang sama, Khairy berkata Tunku Ismail mempunyai kepimpinan yang akan memberikan impak positif dalam pembangunan bola sepak di negara ini dan menegaskan NFDP adalah polisi kerajaan dan akan terus berada di bawah KBS.

Kalau nak tahu apa itu NFDP secara panjang lebar, kau bacalah di sini. Siapa malas membaca otak dia beku dan tak berkedut.

Semoga KBS dan FAM dapat membentuk kerjasama yang mapan dalam menghasilkan pemain-pemain muda berbakat. FA lain pula jangan suka sangat, engkorang semua tunggu turn je tu.