Neymar Setuju Perjanjian Paling Sensasi Dalam Sejarah Bola Sepak

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Pada awalnya perpindahan Neymar Jr. ke Paris Saint Germain (PSG) dianggap satu khabar angin yang tidak masuk akal lantaran harganya yang melampau seperti mana harga hantaran segelintir manusia, tetapi kini cerita Neymar ke PSG merupakan hampir menjadi kenyataan.

Menurut laporan Sky Sports, Neymar telah bersetuju dengan perjanjian selama 5 tahun untuk bersama PSG yang dilaporkan bernilai £450 juta bersamaan RM2.55 bilion sekaligus menjadi satu perpindahan termahal dan paling sensasi dalam sejarah bola sepak.

Nilai RM2.55 bilion merangkumi yuran perpindahan dan gaji serta bonus. Pemain kelahiran Brazil ini bakal menikmati gaji sebanyak £515,000 atau RM2.9 juta seminggu selepas cukai apabila perpindahan ini dibuat secara rasmi.

Yuran perpindahan dijangka bakal menjadi rekod dunia yang bernilai £198 million(RM1.12 bilion) sekaligus memecahkan rekod Pogba sebanyak £89 juta ketika berpindah ke Manchester United.

Messi Mengesahkan Pemergian Neymar

Rakan sepasukan Neymar di Barcelona, Lionel Messi mengesahkan lebih awal pemergian Neymar dengan memuat naik satu post yang amat sendu di Instagram.

Kapsyen sendu berserta video itu berbunyi :

"Fue un placer enorme haber compartido todos estos años con vos amigo @neymarjr Te deseo mucha suerte en esta nueva etapa de tu vida . Nos vemos Tkm."

Dalam bahasa penjajah berbunyi :

"It was a huge pleasure to have shared all these years with my friend Neymar I wish you all good luck in this new stage of your life."

Dan dalam bahasa ibunda kalian semua begini bacaannya :

"Satu nikmat dan keseronokan yang sangat besar dikongsi bersama selama bertahun-tahun dengan sahabat aku Neymar, Aku mendoakan agar kau berjaya mengharungi peringkat baru dalam kehidupan kau"

Selepas memuat naik post tersebut di Instagram Messi dikatakan telah bermain gitar sambil mendendangkan lagu Ku Rela Dibenci.


Share Tweet


Paparkan Komen