Neymar Bakal Ke Manchester?

Syafiq Freman 4 bulan yang lalu

Penyerang Barcelona, Neymar memberikan bayangan bakal mengakhiri kariernya di Liga Perdana England.

Neymar yang memperbaharui kontraknya bersama Barcelona selama 5 tahun awal musim ini telah menjaringkan 99 gol bersama sejak menyertai kelab berkenaan pada tahun 2013.

Ketika ditanya wartawan berkaitan Liga Perdana, Neymar memaklumkan ketakburannya terhadap liga berkenaan.

“Liga Perdana merupakan liga yang mengejutkan. Saya cukup suka dengan cara mereka bermain. Dan siapa tahu suatu hari nanti saya akan bermain di sana!”

“Saya cukup suka Manchester United, Chelsea, Arsenal dan pasukan bakal juara. Mereka adalah pasukan yang sentiasa bersaing dengan begitu sengit.”

Neymar menjerit menjaringkan gol ketika beraksi bersama Manchester United di Liga Fantasi 2017

“Kemudian di sana terdapat jurulatih berprofil tinggi seperti Mourinho dan Guardiola. Mereka adalah jurulatih yang digemari oleh mana-mana pemain bola sepak!”, jelas Neymar membodek sambil mengenyit mata kepada wartawan.

Neymar menganggap Mourinho dan Pep sebagai jurulatih yang dihormati.

Neymar juga menjelaskan bagaimana Liga Perdana menjadi liga yang penuh dengan kejutan.

“Kamu tidak tahu siapa akan menjadi juara setiap musim. Ianya sentiasa mengejutkan. Kadang-kadang mereka kelihatan bakal juara pada awal musim namun akhirnya hanya bakal.”