Neville Tumbuk Meja Selepas Lihat Percubaan Martial Ke Langit

Share on facebook
Share on twitter

Gary Neville nyata gagal menahan perasaan kecewanya sehingga menumbuk meja melihat percubaan Anthony Martial ketika sangat hampir dengan gawang naik ke langit.

Ketika peluang terbaik itu hadir, Manchester United sedang ketinggalan kepadaLiverpool hasil sundulan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk.

Dalam perlawanan ini Manchester United berjuang berhabisan selepas permainan sejam berlalu dengan serangan demi serangan bagi menyamakan kedudukan.

Anthony Martial telah memsia-siakan satu peluang terbaik dalam perlawanan itu nyata menngecewakan peminat Manchester United termasuk Gary Neville.

Tidak dapat disangkal lagi kekecewaan yang nyata daripada Neville yang ketika itu sedang mengulas bersama saluran Sky Sports.

Reaksi Neville yang melepaskan geram menumbuk meja dirakam dan dimuat naik ke laman sosial lalu dikongsi ke serata platform media sosial.

Selepas menumbuk meja, Neville menyambung ulasan dengan mengetap gigi barangkali.

Mohamed Salah memastikan kemenangan penuh bergaya Liverpool dengan jaringan pada minit akhir selepas menerima hantaran Alisson Becker.

Inilah peluang yang dilancarkan ke langit oleh Martial yang menyebabkan Gary Neville menumbuk meja. Kelangit bhai.

Ini sepatutnya yang terjadi seperti apa yang bermain di fikiran Gary Neville namun hampa.

https://twitter.com/RedDevilBible/status/1218790190979747840

Gary Neville merupakan seorang bekas pemain pertahanan Manchester United yang lantang mengkritik kekosongan yang ditinggalkan oleh Sir Alex Ferguson.

Namun dengan kehadiran Ole Gunnar Solskjaer tiada lagi kedengaran kritikan keras daripada Gary Neville yang mungkin sudah menjadi sopan.

Yang kedengaran hanya beri Ole masa dan masa, senada dengan bekas rakan sepasukan yang pernah beraksi bersama Neville suatu ketika dulu.

Share on facebook
Share on twitter