Nemanja Matic Dan Mourinho Kembali Bersatu Di Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Dengan sekali lafaz Nemanja Matic akhirnya sah menjadi Setan Merah dan kembali bersatu bersama Jose Mourinho, Matic menjadi pemain ketiga yang diikat musim ini selepas Romeo Lukaku dan Victor Lindelof.

Pemain tengah serbia ini telah memenangi semua trofi domestik di England termasuklah dua gelaran liga. Matic juga menjadi pemain Serbia ketiga yang menjadi Setan Merah mengikut jejak Nemanja Vidic dan Zoran Tosic.

Ini merupakan kali kedua Matic ditandatangani oleh Mourinho selepas menyertai Chelsea pada Januari 2014. Matic bakal memakai jersi bernombor 31 yang kali terakhir dipakai oleh Bastian Schweinsteiger.

Yuran perpindahan atau wang hantaran Matic dari Chelsea ke Manchester United dilaporkan sebanyak RM225.6 juta (£40 juta).


Share Tweet


Paparkan Komen