Nelo Vingada Cadangkan Kuota Import Daripada 3+1 Kepada 2+1

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada mencadangkan agar kuota pemain import bagi pasukan yang bertanding di Liga Malaysia dikurangkan daripada 3+1 kepada 2+1 dan sekurang-kurangnya 5 pemain bawah 23 tahun diwajibkan beraksi dalam setiap perlawanan.

Nelo Vingada mengemukakan cadangan ini untuk membolehkan lebih ramai pemain tempatan dan pemain muda terutamanya dapat beraksi bersama pasukan masing-masing.

"Katalah kalau kita kurangkan pemain di Liga Perdana, ia akan memberi kelebihan kepada pasukan Liga Super apabila mereka bertembung dalam dua kejohanan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.

"Cadangan itu perlu kajian terperinci dengan keputusannya perlu membawa kepada keputusan menang-menang," kata Hamidin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan menganggap idea ini dianggap bernas namun perlu dikaji kerana kualiti dan tahap Liga Malaysia juga perlu diutamakan mengikut standard yang digariskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Biarlah FMLLP (Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia) dan staf mereka fikirkan setiap kali hujung tahun mengenai hal itu.

"Tetapi kalau kita kurangkan pemain (import) dalam saingan liga tempatan, seolah-olah akan merendahkan kualiti liga kita, sekali gus tidak mendapat pengiktirafan AFC."

Apa pendapat anda mengenai cadangan The Profesor bagi memberi peluang kepada pemain muda dan pemain tempatan untuk mendapat lebih banyak perlawanan?

Sumber : Berita Harian


Share Tweet


Paparkan Komen