The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Nazmi Faiz Sertai JDT Dan Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara

Encik Bakri pada November 17, 2016

Pemain tengah Selangor yang pernah bermain di Portugal bersama SC Beira-Mar beberapa tahun lepas dilaporkan akan menyertai JDT pada musim hadapan, Nazmi Faiz Mansor bakal menyertai bekas rakan sepasukannya Mohd Azrif Nasrulhaq yang telah ke JDT pada bulan Jun lalu.

Pada Julai lalu, Nazmi Faiz Mansor pernah dikaitkan dengan JDT apabila dikatakan sudah menandatangani pra-perjanjian bersama pasukan Harimau Selatan itu sekali gus mengesahkan kedudukannya dalam pasukan itu. Kini perkara ini menjadi kenyataan.

TMJ sendiri telah mengesahkan berita ini melalui satu sesi dialog. TMJ juga telah mendedahkan perancangannya terhadap Nazmi, di mana Nazmi tidak akan beraksi bersama JDT tetapi Nazmi bakal dipinjamkan ke sebuah kelab Jepun.

“Kami mempunyai perancangan untuknya. Untuk persaingan musim depan, dia akan dipinjamkan kepada kelab di Jepun untuk mengumpul pengalaman yang diperlukan untuk beraksi pada tahap tinggi.

“Pada waktu ini pihak pengurusan masih belum mengenal pasti kelab mana dan perbincangan lanjut mengenai hal tersebut sedang diteruskan,”

Perpindahan Nazmi ke JDT menjadikannya pemain ke 8 Selangor yang disambar JDT selepas Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Farizal Marlias, Asrarudin Putra Omar, S Kunanlan serta Azrif Nasrulhaq .