Nasib Wenger Bakal Diketahui Selasa Nanti

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, cukup berbangga dengan kejayaan Arsenal memenangi Piala FA dan baginya, ini adalah detik terindah dalam hidupnya walaupun dia mengakui masa depannya masih agak samar-samar.

Tandukan Aaron Ramsey pada minit ke-77 memberikan kemenangan The Gunners terhadap Chelsea yang bermain dengan 10 pemain setelah Victor Mosses dilayangkan kad kuning kedua selepas lakonannya kurang meyakinkan pengadil.

Pada hari Selasa nanti, lembaga pengarah akan bersidang untuk menentukan masa depan Wenger, dan selaku orang lama, Wenger berkata dia tidak akan berundur daripada jawatannya.

"Mongarut boto selepas 20 tahun nasib aku bergantung kepada satu perlawanan sahaja, atau masa depan kelab bergantung kepada satu perlawanan sahaja," kata Wenger.

"Apapun, minggu depan kita tahu apa cerita nanti.

"Aku nak yang terbaik untuk kelab. Itu je. Sekarang ni terpulanglah kepada ahli pengarah kelab kalau aku insan yang terbaik untuk kelab.

"Ini bukan kerana populariti, ini adalah berkenaan kompetensi," tambah Encik Wenger lagi.

Ketika ditanya adakah dia masih relevan untuk tugas ini, Wenger dengan yakin menjawab bahawa dia masih relevan.

"Ya, memang! Kau tak akan berada di kemuncak selama 35 tahun kalau kau tak releven dengan tugas tu.

"Aku sekarang ni bekerja dengan orang awam, dan aku boleh dikomen dan aku boleh terima kalau ada orang tak setuju dengan aku.

"Tapi sebaik perlawanan bermula dan kau pula bergelar penyokong, apa yang kau kena buat adalah kau kena berdiri di belakang pasukan.

Wenger yakin akan kekal | Gambar : Mirror Football

"Ini yang aku tak boleh terima sepanjang musim ini.

"Aku rasa kelab ini ada nilai istimewanya, tindakan penyokong membelakangi kelab adalah mengecewakan.

"Aku tak tahu apa nasib aku lepas ni. Aku tahu dalam kepala aku ni aku nak kekal.

"Hari Selasa nanti kita ada mesyuarat lembaga engarah. Hari Rabu atau Khamis nanti kita tahulah apa keputusan.

"Apa yang aku tahu, aku bangga dah menang tujuh Piala FA, dan pernah menang liga tanpa kalah," tambah Wenger, tersenyum mengenang kehebatan lampau pasukannya.

Dalam perlawanan akhir Piala FA 2017, Arsenal mendahului seawal minit keempat melalui Alexis Sanchez yang menjaringkan gol ke-30 pada musim ini. Gol ini mencetuskan perdebatan sama ada gol ini patut dikekalkan atau tidak kerana Aaron Ramsey dilihat berada dalam keadaan ofsaid dan pengadil mengatakan bahawa pemain ini tidak mengganggu permainan.

Kemenangan Arsenal ini pastinya memberikan sedikit kelegaan buat para penyokongnya yang teruk ditroll selepas Manchester United menjuarai Liga Europa baru-baru ini .

Kesian juga penyokong Arsenal, pasukan lain menang dia yang kena.

Sumber berita : Mirror Football




Paparkan Komen