Mourinho Ungkit Sejarah di Hadapan Penyokong Chelsea

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Kalau dulu, Jose Mourinho sinonim dengan Chelsea kerana Mourinho boleh dikatakan sebagai pencetus kepada segala piala yang dimenangi Chelsea sejak 2003. Selepas meninggalkan Chelsea untuk kali pertama, Mou tetap mendapat tempat istimewa di hati penyokong The Blues, namun dalam perlawanan Piala FA semalam, putik-putik cinta telah lenyap ditelan zaman.

Segalanya bermula selepas Mourinho bertekak dengan Antonio Conte selepas Hererra mendapat kad merah. Bagi Mou, kad merah tersebut adalah hasil lakonan Hazard yang menjerat Hererra yang sudah mendapat kad kuning.

Conte : Kau dah kenapa haaaaa

Sejurus selepas itu, para penyokong Chelsea terus bernyanyi, bersorak dan melabel Mourinho sebagai 'Judas No.1', bukan lagi 'The Special One'.

Sebaik mendengar sorakan tersebut, Mourinho dengan bersahaja mengangkat tiga jari - sebagai tanda tiga kejuaraan Liga Perdana yang telah dimenanginya bersama Chelsea.

Rupanya Mourinho pun terganggu ye dengan sorakan dalam stadium. Ingatkan pemain Malaysia je.




Paparkan Komen