The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Mourinho Sifatkan Pengadil Lemah Dan Kurang Pertimbangan

Encik Bakri pada October 21, 2015

Kiev: Jurulatih Chelsea Jose Mourinho menyifatkan pengadil Liga Juara Juara “lemah dan kurang pertimbangan” malah membandingkannya dengan pengadil ragbi dari Afrika Selatan Craig Joubert.

Mourinho membuat kenyataan kepada saluran televisyen BT Sport awal pagi tadi mendakwa pengadil Slovenia Damir Skomina gagal menghadiahkan sepakan penalti buat pasukannya Chelsea sekadar seri 0-0 menentang Dynamo Kiev.

Jurulatih Portugal itu didenda 50,000 pound (RM330,000) dan digantung satu perlawanan stadium oleh FA England apabila mengkritik pengadil tidak memberikan sepakan sewaktu Chelsea tewas 3-1 kepada Southampton awal bulan ini.

“Saya rasa (Skomina) membuat satu kesilapan dan sebagai contoh Ragbi Piala Dunia saya merasakan pengadil di Scotland sangat baik dan disebabkan kesilapan dilakukan oleh Joubert, Scotland mengalirkan air mata,” kata Mourinho. – AP


Download aplikasi The Sukan di Google Play