Mourinho Sambung Kontrak Bintang Manchester United

Eikrem 6 bulan yang lalu

Setelah beberapa persembahan mengagumkan dan impressive bak kata orang putih, tonggak utama Manchester United, Marouanne Fellaini telah mendapat hadiah apabila kontraknya disambung setahun lagi.

Ingat tak Fellaini? Yang masuk minit ke 90 dan bagi hadiah penalti kepada Everton tahun lepas tu. Ingat?

Ok, secara teknikalnya bukanlah sambung kontrak, tapi kontraknya dipanjangkan.

Dalam klausa kontrak Fellaini, United mempunyai pilihan untuk menyambung kontraknya selama setahun yang asalnya akan tamat pada musim panas 2017, kepada musim pada 2018.

Memandangkan Morgan Schneiderlin bakal dijual ke Everton, maka United tidak lagi mempunyai back up bagi pemain tengah. Kami di The Sukan mengucapkan tahniah buat penyokong Manchester United Malaysia!

Berikut adalah respon di Twitter penyokong United mengekspresikan kegembiraan mereka.