Mourinho Percaya Guardiola Cuba Memperdayakan United Apabila Mengumumkan Kecederaan David Silva

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pemain tengah Manchester City, David Silva dilaporkan masih belum pasti diturunkan dalam pertemuan derbi Manchester yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Old Trafford, tetapi pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan Pep Guardiola mengenai tahap kecederaan Silva.

Mourinho percaya Guardiola cuba memperdayakan beliau apabila mengumumkan Silva mungkin tidak akan diturunkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan nanti. United bakal melayan kunjungan The Citizens Ahad ini dalam misi penting bagi merapatkan jurang 8 mata di antara mereka.

Dalam satu sidang media menjelang pertemuan Manchester City menentang Shakhtar Donestk pertengahan minggu ini, Guardiola mengumumkan yang Silva tidak akan bermain dalam perlawanan tersebut dan berkemungkinan juga bakal terlepas pertemuan penting hujung minggu ini.

Dalam insiden sebelum ini, Mourinho melihat dengan mata sendiri tindakan Arsene Wenger meletakkan Alexander Lacazette dalam kesebelasan utama walaupun Wenger memberitahu pihak media yang Lacazette tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Dalam kenangan, Mourinho bersama pengurus terbaik dunia ketika ini.

Mourinho percaya Guardiola cuba menggunakan taktik yang sama untuk memerangkap beliau. Ketika ditanya pemberita mengenai status kecederaan kem Manchester United, Mourinho menjawab:

"Adakah kamu [pemberita] mahu perkara yang benar atau sebaliknya? Sudah tentu kamu mahu kebenaran. Perkara sebenar yang berlaku adalah Eric Bailly tidak mempunyai sebarang peluang untuk beraksi hujung minggu ini."

"Phil Jones mungkin ada peluang. Maroune Fellaini juga. Zlatan Ibrahimovic mempunyai peluang yang besar untuk diturunkan. Matic masih lagi cedera saat ini tetapi beliau akan bermain nanti. Michael Carrick tiada peluang."

"Saya memberitahu perkara yang sebenar. Mengenai Matic, beliau masih lagi cedera tetapi akan diturunkan. Tiada cerita seperti yang berlaku kepada Lacazette atau Silva. Semuanya perkara yang benar. Lawan kami selalu mempunyai berbagai isu. Mereka sering mempunyai masalah yang besar tetapi akhirnya pemain mereka semuanya boleh bermain."

"Lawan kami mempunyai organisasi yang amat menakjubkan. Kami lebih merendah diri. Apabila kami mempunyai masalah, ianya memang masalah yang betul. Apabila pemain saya cedera, ia sememangnya kecederaan yang sebenar. Saya hanya memberitahu perkara yang benar sahaja."

Mourinho tentunya mahu menggunakan perlawanan ini untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga dimana mereka kini ketinggalan 8 mata di belakang Manchester City. Kelebihan tempat sendiri harus digunakan sebaik yang mungkin buat anak buah Mourinho andainya mereka memasang impian untuk memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walaubagaimanapun, sebarang usaha untuk menewaskan The Citizens mesti dilakukan tanpa khidmat pemain berpengaruh mereka, Paul Pogba yang ditunjukkan kad merah selepas terjahan bahaya ke atas pemain pertahanan, Hector Bellerin ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3-1 di Emirates Sabtu lalu.

Kad merah yang diterima Pogba mengakibatkan beliau terlepas 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris.selepas ini, bermula dengan derbi Manchester Ahad nanti.




Paparkan Komen