Mourinho: Liverpool Bertuah Tidak Bermain 10 Orang

Share on facebook
Share on twitter

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyifatkan Liverpool sebagai bertuah la nak kerana tidak bermain 10 orang selepas aksi keras Andy Robertson.

Jose Mourinho nyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang terlepas selepas melakukan terjahan keras Andy Robertson ke atas Japhet Tanganga.

Semua ternganga melihat bagaimana Robertson terlepas.

Pengurus yang bermulut sedap itu telah menyindir VAR kerana terlepas insiden itu dan menyifat pegawai VAR sibuk menikmati air teh ketika kejadian.

“Mereka bernasib baik. Mereka sepatutnya menamatkan permainan dengan 10 orang kerana VAR pada waktu itu sedang menikmati air teh.”

“Mereka tidak melihat Robertson untuk kad merah.”

Peminat bola sepak juga beranggapan Robertson sangat bernasib baik kerana terlepas selepas terjahan keras ke atas Tanganga itu.

Tapak kasut Robertson sedap menghinggap ke buku lali Tanganga walaupun memenangi bola tetapi kakinya diangkat tinggi.

Tapi tu la pemain Liverpool tak boleh dipetik nanti ada yang melantun-lantun.

Mereke terkejut kerana tiada pemeriksaan lanjut dilakukan oleh VAR dan membandingkan insiden itu dengan kad merah Pierre Emerick Aubameyang.

“Dua insiden hampir sama, sorang kena kad merah selepas direview dan sorang lagi tiada langsung review.”

https://twitter.com/Craig_MCFC_/status/1216072503254274048

“Kalau Danny Rose atau Aurier buat pasti kad merah terus. Kerana beliau pemain Liverpool. Siapa peduli?”

“Satu kad kunind kemudian direview kad merah. satu lagi takde kad dan tiada review. Tak konsisten.”

Liverpool menang 1-0 ke atas Spurs. Dengan kemenangan ini maka Liverpool bertambah selesa dan gayat dipuncak dengan 16 mata mendahului.

Roberto Firmino meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-36 dengan rembatan kaki kiri seterusnya menjadi gol tunggal perlawanan.

Share on facebook
Share on twitter