The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

‘Mourinho ialah jurulatih terbaik dunia’ – bintang Real Madrid

Eikrem pada November 6, 2015

Di kala kedudukannya agak terancam berikutan siri kekalahan yang berterusan dalam liga, Jose Mourinho mendapat sedikit semangat baru apabila menerima pujian dari bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang mengatakan, “Mourinho ialah jurulatih terbaik dunia.”

Ronaldo berkata demikian dalam autobiografi terbarunya yang ditulis jurnalis terkenal Sepanyol, Guillem Balague.

Saat indah Mourinho bersama Ronaldo
Saat indah Mourinho bersama Ronaldo

“Saya selalu meletakkan dia(Mourinho) di tempat tertinggi.

“Dia adalah seorang jurulatih yang bagus. Banyak perkara positif telah dilakukannya dan dia telah memenangi banyak trofi di banyak kelab.

“Jurulatih saya sekarang ialah Benitez, dan saya selesa (dengannya) dan kami akan memenangi banyak kejuaraan di masa hadapan.”

Nasib Mourinho bagai telur di hujung tanduk setelah Chelsea tewas 6 kali dari 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Dalam perlawanan UEFA Champions League semalam, Chelsea berjaya menewaskan Dynamo Kiev 2-1 hasil jaringan Willian di penghujung perlawanan.