The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Mourinho ganti Van Gaal?

Eikrem pada December 21, 2015

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, kini bagaikan telur di hujung tanduk apabila pasukan bimbingannya gagal untuk menang dalam 7 perlawanan berturut-turut apabila tewas kepada Norwich City 1-2, dan ini merupakan prestasi terburuk United selama 17 tahun.

Van Gaal yang semakin lantang dikritik oleh peminat dan bekas pemain bagaimanapun masih yakin bahawa masa depannya bersama United masih panjang, dan tidak sekadar musim ini sahaja.

Khabar angina mengatakan bahawa Van Gaal kini tidak lagi mendapat kepercayaan pemainnya apabila dua pemain senior dikatakan bertelagah dengannya selepas kekalahan kepada AFC Bournemouth minggu lalu.

Manchester-United-v-Chelsea

Pengurus Chelsea yang baru dipecat, Jose Mourinho dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan di United sekiranya LVG dipecat.

United kini terperosok di tangga ke lima liga, berkongsi mata bersama Tottenham Hotspur, hanya dipisahkan dengan beza gol.


Download aplikasi The Sukan di Google Play