Mourinho Dilayang Kad Kuning Kerana Mengintip Taktikal Lawan

Share on facebook
Share on twitter

Jose Mourinho mula membuat perangai lamanya yang ntah apa-apa apabila dilayangkan kad kuning kerana mengintip taktikal pasukan lawan di Premier League iaitu Southampton.

Pengurus Tottenham Hotspur itu sememangnya terkenal dengan kontroversi di tepi padang, di sidang media dan di bilik persalinan yang menjadikan beliau seorang yang unik.

Jaringan tunggal Danny Ings sudah cukup buat Southampton meraih tiga mata berharga.

Southampton cemerlang dalam 5 perlawanan terakhir mereka dengan tiga kemenangan satu seri dan satu kalah.

Gol penyamaan Spurs kemudian dibatalkan kerana Harry Kane telah dikesan berada dalam kedudukan offside.

Lebih malang selepas gol dibatalkan, Kane terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Dalam perlawanan ini Jose Mourinho dilayangkan kad kuning pada separuh masa kedua oleh Mike Dean selepas menceroboh kawasan Southampton.

Mourinho dilihat melontarkan kata-kata kepada pegawai pasukan Southampton dan Mourinho dikatakan cuba mengintip taktikal pasukan the Saint.

Kalau dah depan-depan tara ni bukan mengintip dah ni.

Tottenham Hotspur berpeluang untuk mendaki tangga kelima Premier League dan mendekatkan jarak mata untuk merungkas ke tangga keempat dan perlawanan di Saint Mary mampu merubahnya.

Berdepan Southampton sepatutnya tidak menjadi masalah buat Jose Mourinho dan anak buah meraih 3 mata tetapi sebaliknya terjadi.

Share on facebook
Share on twitter