Mourinho : Chelsea Pasukan Bertahan

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Menjelang pertemuan antara Manchester United dan Chelsea dalam saingan Piala FA malam ini, Jose Mourinho telah melabel Chelsea sebagai pasukan yang sangat bertahan. Pasukan The Blues kini juga merupakan pasukan pilihan untuk muncul juara liga setelah memenangi 21 daripada 27 perlawanan mereka setakat ini di bawah Antonio Conte.

Salah satu daripada tonggak kehebatan Chelsea pada musim ini kemantapan barisan pertahanan yang dikemudi lima pemain dalam sistem 3-4-3 yang digemari Conte.

Ketika Mourinho menguruskan Chelsea buat pertama kali sedekad yang lalu, Chelsea sering dikritik kerana bermain secara bertahan namun berbeza di bawah Conte, Chelsea selalu dipuji kerana kehebatan pertahahan mereka. Nampak?

"Aku terkujat kau tengok Chelsea main," ujar Mourinho kepada Football Focus sambil matanya menjeling kepada wartawan. Kedua-dua tangannya memeluk tubuh, sambil kaki kirinya disilangkan ke atas kaki kanan. Kepit.

Jeling...

"Aku ingatkan Chelsea akan main bola dengan cara berbeza, sebab aku rasa Chelsea ni hebat gila, tapi Chelsea main bertahan."

Ketika ditanya adakah Chelsea bermain bola sepak negatif, Mourinho mengiyakan pertanyaan tersebut.

"Aah, aku rasa diorang sangat mantap dari segi bertahan dan aku rasa jugak diorang ada pemain yang fantastis untuk membuat serangan balas juga. Kau hadoo?"

Mourinho dan rakan karibnya, Moyes.

Perlawanan pada malam ini bakal menyaksikan United bertandang ke Stamford Bridge buat kali kedua pada musim ini, dengan diroyal rumble pada 4-0, dalam pertemuan terdahulu.

United juga bakal mempertaruhkan Rooney dan Rashford di bahagian serangan memandangkan penjaring gol mereka, Zlatan Ibrahimovic mula menjalani penggantungan perlawanan pertama daripada tiga perlawanan.

Berita diambil dan ditokok tambah dengan  tujuan melagakan orang dari Squawka Football.




Paparkan Komen