The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Mourinho Cetus Kontroversi Lagi Semasa Chelsea Tewas Kepada West Ham

Encik Bakri pada October 25, 2015

LONDON: Mourinho cetus kontroversi lagi semasa Chelsea melakar kekalahan kelima dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila tewas 2-1 kepada West Ham United di laman lawan, malam tadi.

Mauro Zarate meletakkan West Ham di depan seawal minit ke-10 permainan sebelum Chelsea terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain tengah, Nemanja Matic diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

Tindakan pengadil, Jon Moss ke atas Matic pada minit ke-44 itu menimbulkan kemarahan pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang turut diarah keluar daripada bangku simpanan pasukan bersama pembantunya, Silvino Louro.

Ketika babak kedua bermula, Mourinho dilihat berdiri di tempat duduk pengarah di Upton Park yang mencetus kontroversi tindakannya seakan menipu pegawai perlawanan.

mourinho-cetus-kontroversi-lagi

Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan buat Chelsea pada minit ke-56 namun bermain kurang seorang pemain di atas padang jelas sukar buat penyandang juara itu.

Gawang Chelsea akhirnya bocor buat kali kedua apabila pemain gantian West Ham, Andy Carroll menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-79.

Kekalahan kelima yang dicatat Chelsea adalah yang terburuk dan membawa kelab itu di kedudukan ke-15 liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

West Ham yang dibimbing Slaven Bilic dalam pada itu meneruskan rentak cemerlang musim ini dengan mengharungi tujuh perlawanan tanpa kalah.

Tindakan Mourinho dalam pada itu berkemungkinan berdepan penggantungan perlawanan dan pengendali kelahiran Portugal itu sudah pun menerima hukuman gantung satu perlawanan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris kerana menggelar pengadil ‘penakut’ ketika kekalahan 3-1 pasukannya kepada Southampton. – AGENSI

Mourinho dilihat berdiri di tempat duduk pengarah di Upton Park selepas di arah keluar

Posted by Daily Sukan on Saturday, 24 October 2015


Download aplikasi The Sukan di Google Play