The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Mourinho Berang Wenger Mendapat Lebih Penghormatan

Encik Bakri pada November 19, 2016

Menjelang perlawanan tumpuan Manchester united menentang Arsenal minggu ini, Jose Mourinho pengurus Manchester United mendakwa pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima lebih penghormatan berbanding dirinya.

Mourinho dan Wenger sebelum ini mempunyai rekod apabila sering bertelagah apabila kedua-dua pasukan kendalian mereka bertemu. Wenger sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersalaman dengan Mourinho dalam pertemuan minggu ini.

Mourinho nyata mahukan penghormatan yang sama diterima oleh Wenger.

“Saya fikir Wenger mendapat penghormatan daripada anda semua. Tetapi saya tidak.

“Walaupun kali terakhir memenangi gelaran EPL 18 bulan lalu bukannya 18 tahun lalu, saya tidak fikir saya mendapat penghormatan secukupnya.

“Tetapi untuk berlaku jujur, saya hanya mengikut cara saya sendiri kerana saya mahu memenangi trofi peribadi kesembilan dan keempat EPL,” katanya.

Main perang saraf ke menda Papa Mou ni?


Download aplikasi The Sukan di Google Play