Mourinho Bagaikan Terkena 'Jampi' St James Park, Dedah Punca Sebenar Pogba Dikeluarkan

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan punca sebenar Paul Pogba di keluarkan pada separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Newcastle semalam adalah kerana beliau mahu mengubah taktikal pasukan.

Pemain tengah antarabangsa Perancis ini dikeluarkan seawal minit ke-66 dalam perlawanan yang berkesudahan dengan Manchester United tewas 2-1 di tangan Newcastle.

Mourinho jelas tidak peduli tanda harga Pogba apabila bertindak mengeluarkan pemain ini

Pogba dikeluarkan sebaik sahaja Newcastle memperoleh gol melalui jaringan Matt Richie pada minit ke-65, dan tempat bekas pemain Juventus ini diganti oleh Michael Carrick.

Mourinho bertindak melakukan dua pertukaran sebaik sahaja United melepaskan gol dengan membawa masuk Michael Carrick dan Juan Mata. Mourinho berkata tindakan beliau mengeluarkan Pogba dan Lingard adalah bersifat taktikal kerana beliau mahu mengubah formasi pasukan.

"Saya melakukan pertukaran tersebut kerana saya mahu memperbaiki bahagian tengah pasukan yang berhadapan dengan pasukan lawan yang bertahan dengan banyak pemain."

"Saya mahu permainan menjadi mudah, jadi saya memasukkan Carrick. Saya juga mahu Alexis Sanchez bermain lebih dekat dengan Romelu Lukaku, dimana saya mahu beliau bermain sebagai penyerang kedua."

Pundekkk la

United masih lagi berada di kedudukan ke-2 Liga Perdana Inggeris, tetapi semakin ditinggalkan jauh seteru utama mereka, Manchester City yang selesa berada di persada liga dengan kelebihan 16 mata. The Citizens berpeluang muncul juara liga lebih awal jika mereka memenangi 6 perlawanan mereka yang seterusnya.

Mourinho memuji aksi yang dipamerkan Newcastle dalam perlawanan tersebut dan berkata cara anak buah Rafa Benitez memenanig perlawanan tersebut adalah sangat cantik.

"Mereka berjuang seperti 'haiwan' - ini adalah satu pujian. Mereka memberikan segala yang mereka ada. 'Dewa Bolasepak' juga bersama Newcastle malam ini dan mereka bermain dengan sangat baik."

Mourinho terkena 'jampi' St James Park. Gagal menang sepanjang kariernya di stadium ini

"Saya rasa cara Newcastle memenagi perlawanan tadi adalah cara yang cantik untuk mememangi satu perlawanan bolasepak."

Dengan kekalahan semalam, Mourinho meneruskan 'sumpahan' beliau di St. James Park dimana beliau tidak pernah memenangi kesemua 7 perlawanan beliau di gelanggang tersebut sejak bersama Chelsea lagi. Rekod Mourinho di gelanggang keramat Newcastle itu adalah 4 kali kalah dan 3 seri.

Kemenangan yang dicatatkan Newcastle memberi kelegaan kepada Benitez apabila mereka mendaki ke tangga ke-13 liga dengan mengumpul 28 mata dan dipisahkan 2 mata dari zon penyingkiran.




Paparkan Komen