Modric Berharap Video Assistant Referee (VAR) Tidak Terus Digunakan Dan Zidane Pasrah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 11 bulan yang lalu

Perancang Real Madrid, Luca Modric berharap sistem Video Assistant Referee (VAR) yang membolehkan pengadil melihat video ulangan tidak akan terus digunakan lagi selepas Kejohanan Piala Kelab Dunia yang kini sedang berlangsung di Jepun.

Teknology baru itu diguna pakai dengan jayanya pada perlawanan Kashima Antlers menentang Atletico Nacional dan membantu pengadil membuat keputusan yang tepat dengan menghadiahkan sepakan penalti selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR).

Dalam perlawanan Real Madrid menentang Club America Ronaldo telah menjaringkan gol ke-500 diperingkat kelab pada masa kecederaan. Namun pengadil meragui gol tersebut dan merujuk kepada VAR sebelum mengesahkan.

Modric Tidak Mahu VAR Digunakan

Penggunaan video ini nyata tidak disukai oleh Luca Modrid yang meragui kesesuaian sistem ini di gunakan. Ketika sidang media selepas perlawanan Modric berkata.

"Ini idea baru, Secara jujurnya saya tidak sukakannya.

"Saya rasa sistem ini banyak menimbulkan kekeliruan dan berharap peraturan ini tidak akan diteruskan kerana bagi saya ini bukan bola sepak.

"Kami seharusnya fokus dalam perlawanan kami tapi pada pandangan pertama bukanlah sesuatu yang bagus.

Zidane Anggap VAR Mengelirukan Dan Pasrah

Zidane menganggap VAR mengelirukan dan pasrah kerana FIFA mahukannya

"VAR meneyebabkan kekeliruan berlaku dan perkara ini harus diperbetulkan.

"Masalahnya adalah kami perlu terima apa yang FIFA mahukan. Penambahbaikan kepada teknologi ini mesti dilakukan. Keputusan hari ini adil, selepas diteliti, jelas Ronaldo tidak offside.

Bagaimana VAR membantu Pengadil?

VAR membantu pengadil dalam membuat keputusan semasa situasi berikut gol, penganugerahan penalti, insiden kad merah dan kekeliruan pengadil dalam menghukum pemain yang betul.

Video ini menerangkan bagaimana VAR berfungsi

VAR ini satu teknologi baru yang digunakan dan diuji. Biasa la benda baru mesti ada kekurangan dan perlu diperbaiki. Semoga keseronokkan menonton bola sepak tidak terjejas dengan sistem ini.

Paparkan Komen